Utusan Borneo (Sabah)

Telefilem Rajuk lakonan Shamsul Ghau Ghau di TV9 malam ini

-

PERSELISIH­AN faham di dalam sesebuah keluarga itu adalah lumrah kehidupan. Kita perlu tahu menanganin­ya supaya masalah itu tidak berterusan sehingga membuatkan diri kita dah ahli keluarga memendam perasaan kecewa. Maklumlah hati dan perasaan orang yang disayangi itu perlu dijaga dan dipujuk dengan penuh kesabaran.

Memaparkan kisah kekeluarga­an dan konflik cinta, slot Skrin Di 9 yang menemui penonton TV9 pada setiap hari Isnin, jam 8.30 malam tidak pernah gagal menyajikan telefilem-telefilem yang menarik lakonan oleh barisan pelakon popular tanah air.

Terkini, saksikan gelagat Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Tam yang merajuk dengan anaknya setelah baju Melayu yang dijahit oleh arwah isterinya hilang dalam ‘Rajuk’.

Telefilem menarik yang diterbitka­n oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd ini merupakan nukilan skrip oleh Mohd Shahremy Ikmal. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua, Rajuk turut menampilka­n pelakon-pelakon popular tanah air seperti Aizad Jasmin, Mawar Rashid, Niezam Zaidi dan Rosnah Mat Aris.

Selepas kematian isterinya, perwatakan dan sikap Pak Tam mula berubah. Sebelum ini, Pak Tam merupakan seorang yang periang, namun kini, dia sentiasa muram. Kedua-dua anaknya, Hisyam dan Azmir risau dengan keadaan ayah mereka.

Tambahan pula, Hisyam bakal melangsung­kan majlis kenduri kahwinnya dalam masa terdekat. Hisyam dan Azmir bimbang jika majlis kenduri yang telah dirancangk­an sekian lama akan hambar dan berlangsun­g dalam keadaan suram walaupun mereka masih sedih dengan kehilangan emak.

Hisyam dan Azmir memujuk Pak Tam untuk kembali ceria dan menjalani hidup seperti sedia kala.

Pak Tam juga ingat tentang janjinya dengan arwah isteri untuk meraikan kegembiraa­n menerima menantu dengan memakai baju Melayu buatan isterinya pada majlis kenduri tersebut. Hanya Pak Tam dan arwah isterinya tahu tentang baju istimewa itu.

Malangnya, baju istimewa itu hilang dari almari pakaiannya. Pak Tam mengamuk dan menuduh ada orang cuba sembunyika­n baju itu.

Pak Tam marah dan membuat keputusan bahawa dia tidak akan meraikan majlis kenduri kahwin Hisyam nanti jika baju melayunya itu tidak ditemui. Jangan lupa untuk melihat apakah kesudahann­ya di TV9 pada jam 8.30 malam ini.

Layari laman web www. tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV9Malaysi­a untuk mendapatka­n berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksika­n rancangan ini boleh menontonny­a melalui laman sesawang Tonton di www. tonton.com. my.

 ??  ?? SHAMSUL Ghau Ghau dalam ‘Rajuk’.
SHAMSUL Ghau Ghau dalam ‘Rajuk’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia