Utusan Borneo (Sabah)

‘i – Popular’ antara artis meriahkan program di TV2

-

BERHIBUR dengan program santai bertajuk ‘i-Popular’ menggunaka­n pendekatan artis bagi menarik penonton khususnya golongan remaja. Program ini memberi peluang kepada artis undangan bercerita kepada penonton tentang kerjaya mereka dalam industri seni hari ini.

Kembali menerusi musim kedua setiap Rabu, jam 11.00 malam di TV2, sepanjang 13 episod program ini menampilka­n Fizi Ali sebagai pengacara yang akan menemubual artis popular yang akan muncul sebagai artis utama. Setiap rancangan, terdapat seorang artis jemputan.

Menariknya sebuah kumpulan muzik akan mengiringi persembaha­n dengan lagu-lagu dance atau hip-hop/urban, selain turut diselitkan segmen klip video pilihan yang diambil dari youtube.

Menerusi episod pengenalan­nya, program ini mengundang Najwa Latif bersama artis jemputan Nomad. Antara lagu-lagu dalam episod ini adalah ‘Hilang’, ‘Kosong’, ‘I Love You’, ‘Menagih Cintamu’, ‘Tetap Menantimu’, ‘Sahabat’ juga ‘Adamu’.

Episod dua menampilka­n artis Amer Sofaz bersama artis jemputan Ernie Zakri. Antara lagu-lagu dalam episod ini adalah ‘Janjiku’, ‘Hanya Diriku’, ‘Kau Yang Satu’, ‘Pandangan Bererti’, ‘Sedetik Cinta’, ‘Kalimah Janji’ juga ‘Dan Bila Esok’.

Saksikan kemunculan One Nation Emcee bersama artis jemputan Syura dalam episod berikutnya dengan lagu ‘Hoi Ya Hoi’, ‘Raja Gelek’, ‘Kuda Hitam’, ‘Gantung’, ‘Nazam Berkasih’, ‘Ajari Aku Cinta’ dan ‘Anak Kampung’.

Menyusul episod berikutnya dengan Ainan Tasneem bersama artis jemputan Mark Adam dengan rangkaian lagu-lagu ‘Kamu Saja’, ‘Setengah Hati’, ‘Hanya Padamu’, ‘Si Katak’, ‘Pencuri’, ‘Malunya’ dan ‘Aku Suka Dia’.

Tidak kurang menariknya episod enam menampilka­n artis Kumpulan Iamneeta bersama artis jemputan Azri (AF). Antara lagulagu dalam episod ini adalah ‘Tuhan Tolong Aku’, ‘Jatuh Cinta’, ‘Marry Me’, ‘Selalu’, ‘Here Without You’, ‘Kau Pergi Jua’ dan ‘Terima Kasih’.

Yang ditunggu-tunggu pastinya kemunculan Fynn Jamal & Tri haidzir bersama artis jemputan duo yang semakin meningkat naik namanya, Hani dan Zue. Antara lagu-lagu dalam episod ini seperti ‘Tahu’, ‘Arjuna Beta’, ‘Untukmu’, ‘Biar’, ‘Jauh’, ‘Situ’ dan ‘Terbang Tunduk’.

Artis Tasha Manshahar dan Syed Shamim bersama artis jemputan Kaka turut muncul menyampaik­an lagu-lagu ‘Selamat Ulangtahun Cinta’, ‘Our Songs’, ‘Be Mine’, ‘Terpulangl­ah’, ‘Royal’, ‘Infiniti Cinta’ dan ‘Cuba Teka’.

Begitu juga Hafiz Hamidun bersama artis jemputan Aisha (Bintang RTM) dalam episod berikutnya menghiburk­an penonton dengan lagu-lagu seperti ‘Cerita Hati’, ‘Jodoh Berdua’, ‘Nur Kasih’, ‘Fantasia’, ‘Padamu Ku Bersujud’, ‘Doa Dalam Lagu’ dan ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’.

Giliran dua artis iaitu Asfan dan Siti Nordiana menyampika­n lagu-lagu bertajuk ‘Terhenti Disini’, ‘Maafkan Aku’, ‘Tak Cuba Kembali’, ‘Cinta Hanya Sandaran’, ‘Di Pintu Syurga’, ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’ dan ‘Alasan Untuk Bahagia’.

Artis lain seperti Kumpulan Awanband bersama artis jemputan Ramlah Ram, Keroz Nazri bersama artis jemputan kumpulan Chinterliz­er juga Kumpulan Forteen dan artis jemputan Sissy Imann.

 ??  ?? SITI NORDIANA
SITI NORDIANA
 ??  ?? KUMPULAN FORTEEN
KUMPULAN FORTEEN
 ??  ?? MARK ADAM
MARK ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia