Utusan Borneo (Sabah)

135 PTI DIBERKAS, 42 RUMAH DIROBOH

Operasi bersepadu di kawasan Kampung Sembulan Lama

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 135 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dan 42 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi bersepadu membabitka­n beberapa agensi kerajaan di Kampung Sembulan Lama, di sini kelmarin.

Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama polis serta agensi penguatkua­sa dan jabatan lain dijalankan berikutan aduan dan rungutan orang ramai mengenai penempatan setinggan serta kehadiran warga asing di situ.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai ketika ditemui selepas operasi berkata operasi itu dibuat berikutan struktur rumah dibina tidak mengikut undang-undang dan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, operasi telah dirancang lebih sebulan lalu bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Adun Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah.

“Kita menerima aduan dan rayuan daripada orang di sini yang mengatakan terdapat ramai orang yang tidak dikenali tinggal di kawasan ini selain membina rumah sendiri tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selepas rundingan diadakan dengan Edward dan juga Majlis Keselamata­n Negeri, kita memutuskan bahawa rumah haram yang wujud itu perlu dirobohkan kerana tidak mendapat kelulusan daripada DBKK,” katanya.

Katanya, dengan kerjasama daripada pihak polis, operasi yang dilaksanak­an itu sudah memberi notis sebulan lebih awal kepada penduduk berkenaan dan mereka bersetuju, tetapi ketika hari operasi diadakan mereka belum membuka rumah haram masing-masing.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra yang hadir sama dalam operasi itu berkata kerja-kerja merobohkan rumah setinggan berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Selain dokumentas­i, katanya, terdapat juga beberapa rumah ditandakan untuk dirobohkan pada masa akan datang.

Beliau berkata pihaknya dengan kerjasama DBKK dan agensi penguatkua­sa lain turut membuat operasi bersepadu PATI di kawasan terbabit bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi kelmarin.

 ?? Gambar BERNAMA ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat membaca akhbar tempatan 'The Borneo Post' sebelum berlepas dengan menaiki helikopter ke Sri Aman dan beberapa kawasan yang akan dilawati beliau,kelmarin. -
Gambar BERNAMA PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat membaca akhbar tempatan 'The Borneo Post' sebelum berlepas dengan menaiki helikopter ke Sri Aman dan beberapa kawasan yang akan dilawati beliau,kelmarin. -
 ??  ?? CHANDRA (dua kanan) dan Yeo (kanan) ketika meninjau proses dokumentas­i terhadap penduduk yang ditahan.
CHANDRA (dua kanan) dan Yeo (kanan) ketika meninjau proses dokumentas­i terhadap penduduk yang ditahan.
 ??  ?? OPERASI bersepadu meroboh kediaman haram dijalankan selepas aduan orang ramai. (Kanan) CHANDRA (kanan) dan Yeo (dua kanan) meneliti pelan untuk merobohkan rumah haram di Kg Sembulan.
OPERASI bersepadu meroboh kediaman haram dijalankan selepas aduan orang ramai. (Kanan) CHANDRA (kanan) dan Yeo (dua kanan) meneliti pelan untuk merobohkan rumah haram di Kg Sembulan.
 ??  ?? AKTIVITI merobohkan rumah haram sedang dilaksanak­an oleh pihak berkuasa.
AKTIVITI merobohkan rumah haram sedang dilaksanak­an oleh pihak berkuasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia