Utusan Borneo (Sabah)

Pengawal bangunan kerajaan guna kad pengenalan palsu

-

PUTRAJAYA: Seorang pengawal keselamata­n Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ditahan tengah malam tadi dalam ‘Op ID’ Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN) kerana menggunaka­n kad pengenalan palsu.

Ketua Pengarah JPN Datuk Seri Sulaiman Keling berkata semasa diperiksa kira-kira pukul 12.30 malam, pengawal keselamata­n berumur 44 tahun itu mengaku berasal dari Sandakan, Sabah dan baru sebulan bekerja di premis tersebut.

Namun katanya, siasatan lanjut mendapati gambar pada kad pengenalan itu telah ditukar serta tiada dalam rekod JPN.

“Pengawalke­selamatani­tumendakwa kad pengenalan itu telah dibeli dari ejen di Labuan kira-kira sebulan lepas dengan harga RM600,” katanya dalam kenyataan, di sini kelmarin.

Beliau berkata siasatan lanjut juga mendapati pengawal keselamata­n itu berasal dari Zamboanga, Filipina dan mengaku masuk ke negara ini secara haram melalui Sandakan.

Pengawal keselamata­n itu ditahan mengikut Peraturan 25( 1)( e) Peraturan- Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunaka­n kad pengenalan palsu, yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya.

“Pengawal keselamata­n itu dibawa ke JPN Putrajaya untuk proses dokumentas­i dan siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Sulaiman, operasi yang bermula pada pukul 11.30 malam itu dijalankan JPN Putrajaya hasil maklumat awam.

Katanya, pemeriksaa­n dan pemantauan akan terus dilaksanak­an ke atas pengawal keselamata­n yang bekerja di negara ini bagi memastikan mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang asli dan sah terutamany­a yang bertugas di bangunan kerajaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia