Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jual undi untuk wang sogokan, kata Najib

-

SRI AMAN: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Simanggang tidak menjual undi mereka semata- mata untuk mendapatka­n wang sogokan.

Perdana Menteri berkata masa depan pengundi adalah lebih bernilai berbanding dengan wang ringgit yang cuba disogokkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahukan undi mereka.

Mereka perlu mengutamak­an masa depan mereka semasa pilihan raya ini dan bukannya menggunaka­n hak mereka untuk mendapat duit secara cepat.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Rumah Panjang Jegai Anak Jawa, Kampung Purai, sebuah perkampung­an masyarakat Iban di Undop, kira-kira 40km, dari sini kelmarin.

Sebelum itu, calon Barisan Nasional ( BN) DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, mendakwa telah menerima maklumat ada cubaan pihak tertentu untuk menyogok pengundi di kawasannya agar tidak mengundi BN.

Beliau mendakwa pengundi khususnya di kawasan kaum Iban telah ditawarkan RM100 setiap seorang untuk berbuat demikian dan akan ditambah RM200 lagi selepas pilihan raya ini.

Sementara itu, Najib berkata beliau yakin pengundi Iban di DUN Simanggang bijak membuat pilihan mereka dan tidak mudah terjebak dengan tawaran sedemikian.

“Orang Iban orang pahlawan. Orang yang ada semangat tinggi. Jadi kita jangan jual maruah kita. Lebih penting ( jangan gadai) masa depan kita,” katanya.

Menurutnya, BN bukan hanya berjuang untuk memastikan kesejahter­aan generasi sekarang tetapi juga untuk merancang masa depan cemerlang untuk generasi baharu. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia