Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga asing kena 16 bulan, maklumat palsu mohon MyKad

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan pada 1 Julai dan 4 hingga 5 Ogos tahun ini sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap seorang lelaki yang didakwa membantu menjalanka­n aktiviti persundala­n.

Hakim Indra Hj Ayub membuat keputusan itu terhadap Muhammed Salleh, 27, yang mana kelmarin untuk pra-pengurusan kes ke atas tertuduh.

Tertuduh didakwa bersubahat dengan seorang warga asing untuk mencari pelanggan dan hidup dengan hasil pelacuran, pada 12 Mac lalu jam 12.35 pagi, di kawasan parkir dekat sebuah hotel, Jalan Bundusan, Penampang, di sini.

Muhammed Salleh didakwa mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan penjara sehingga sepuluh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Peguam Luke Ressa Balang mewakili tertuduh, memohon kepada mahkamah agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin.

“Isteri tertuduh melahirkan anak mereka sebelum tertuduh ditangkap. Bayi mereka yang berusia tiga bulan baru meninggal dunia.

“Oleh itu, pihak kami memohon mahkamah memberikan belas kasihan dan membenarka­n jaminan agar tertuduh boleh menyokong isterinya,” katanya.

Tambahnya, tertuduh juga merupakan penduduk tempatan dan tidak mempunyai risiko melarikan diri.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwara­ya Mohd Khairuddin Idris mencadangk­an, tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM4,000 yang dicagarkan oleh seorang penjamin tempatan.

Bagaimanap­un, mahkamah tidak membenarka­n ikat jamin dan memerintah­kan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacar Jenayah.

Muhammad Salleh mula didakwa pada 22 Mac tahun ini dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

 ??  ?? MUHAMMED Salleh (dua kanan) mendengar penjelasan Luke (kiri).
MUHAMMED Salleh (dua kanan) mendengar penjelasan Luke (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia