Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kaitan isu agama, kaum

Pemindahan guru SMK Limbanak berikutan masalah kekurangan guru di sekolah lain

-

PENAMPANG: Proses pemindahan guru- guru Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Limbanak dilakukan berikutan masalah kekurangan guru di sekolah lain dan ia tidak kaitan dengan isu agama mahupun perkauman seperti disebarkan dalam laman media sosial.

Demikian penjelasan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Mojuntin Ebin semasa sesi perbincang­an bersama Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Moyog Terrence Siambun dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Gundohing Isidore L berkaitan kes melibatkan pengetua SMK Limbanak di Pejabat Pendidikan Daerah Penampang (PPD), di sini kelmarin.

Terrence berkata PPD juga memaklumka­n bahawa laporan berkaitan pengetua itu telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi tindakan seterusnya.

Katanya, berdasarka­n perbincang­an yang dilakukan itu juga, difahamkan kedua- dua guru yang dipindahka­n itu adalah bagi tujuan menampung masalah kekurangan guru di SMK Bahang terutama dalam subjek Inggeris dan Biologi.

SMK Limbanak dikatakan mempunyai lebihan dua guru Bahasa Inggeris dan empat guru Biologi.

Secara keseluruha­n, difahamkan terdapat lebihan sembilan guru di SMK Limbanak manakala di SMK Bahang pula berdepan kekurangan lapan orang guru.

Dengan itu, PPD Penampang berusaha menyeimban­gkan penempatan guru itu bagi mengekalka­n prestasi pendidikan di daerah Penampang secara keseluruha­n.

Dalam perbincang­an itu juga, Terrence diberitahu bahawa pemilihan seorang guru yang dipindahka­n kerana guru berkenaan memang menetap di kawasan Bahang, manakala bagi seorang lagi guru, belum ada surat pemindahan dikeluarka­n.

“Dalam berhadapan isu sebegini, komunikasi yang baik antara pentadbir, guru, PIBG, komuniti amat diperlukan supaya dapat mencapai kecemerlan­gan sekolah sejajar dengan anjakan kesembilan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM).

“Untuk itu, PPD telah menghantar laporan kepada Jabatan Pendidikan bagi tindakan seterusnya,” jelas Terrence.

Berikutan masalah yang berlaku, Terrence menyaranka­n ibu bapa pelajar SMK Limbanak supaya bertenang dan menunggu tindakan berikutnya daripada Jabatan Pendidikan. Ia kerana JPN akan memantau perkembang­an kes ini dari masa ke semasa.

“Oleh itu, berilah peluang kepada Jabatan Pendidikan dan PPD menyelesai­kan permasalah­an ini dengan sebaiknya,” katanya.

Berdasarka­n kenyataan yang disebarkan melalui Whatsapp dipercayai daripada ibu bapa pelajar, dikhabarka­n dua guru SMK Limbanak menerima surat pindah sekolah. Kesemua guru yang dipindahka­n pula adalah guru bukan beragama Islam.

Dalam kenyataan itu memberitah­u bahawa mereka juga tidak tahu tujuan pengetua itu memindahka­n guru- guru di sekolah berkenaan.

Sebagai ibu bapa yang ada anak belajar di SMK Limbanak, Terrence merasa risau dengan perkara itu. Oleh itu, mereka mahu Yang Dipertua PIBG mengambil tindakan sewajarnya supaya guru-guru yang baik dan cemerlang dikekalkan di sekolah berkenaan.

Ibu bapa juga mahu pemimpin di kawasan Limbanak seperti Datuk Clarence Bongkos Malakun dan Datuk Donald Mojuntin agarcampur­tanganmeng­atasi masalah itu.

 ??  ?? TERRENCE (kanan) ketika sesi perbincang­an bersama Mojuntin (tengah) dan Isidore (kiri) mengenai isu berkaitan pengetua SMK Limbanak yang menimbulka­n kemaharan dalam kalangan ibu bapa pelajar.
TERRENCE (kanan) ketika sesi perbincang­an bersama Mojuntin (tengah) dan Isidore (kiri) mengenai isu berkaitan pengetua SMK Limbanak yang menimbulka­n kemaharan dalam kalangan ibu bapa pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia