Utusan Borneo (Sabah)

PRN Sarawak: Zahid luangkan masa tinjau Pusat Operasi Media Bernama

-

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(gambar) yang sedang dalam rangka lawatan ke Sarawak, meluangkan sedikit masa daripada jadualnya yang ketat untuk meninjau Pusat Operasi Media Bernama bagi liputan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, di sini kelmarin.

Dalam lawatannya ke Sarawak, Ahmad Zahid bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pemimpin Barisan Nasional yang lain telah membantu BN Sarawak dalam kempen pilihan raya negeri kali ini untuk mendapatka­n mandat baharu rakyat bagi meneruskan program pembanguna­n dan kemajuan di negeri ini.

Pada pilihan raya negeri kali ini, Bernama menurunkan pasukan liputan dianggotai lebih 80 orang daripada Perkhidmat­an Berita Dalam Negeri, Bernama TV dan Bernama Radio.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata sebagai antara organisasi media terbesar di negara ini, Bernama menyalurka­n pelbagai berita mengenai PRN Sarawak untuk kepentinga­n dan pengetahua­n masyarakat.

“Kami ingin berkongsi maklumat dengan rakyat tentang perjalanan PRN, dasar kerajaan, kepentinga­n kepada masyarakat, impak sosioekono­mi dan sebagainya.

“Liputan ini juga penting supaya rakyat di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah faham tentang perjalanan politik di Sarawak yang berbeza, namun menarik untuk pengetahua­n bersama,” katanya.

Zakaria berkata pilihan raya negeri kali ini berbeza kerana ia merupakan yang pertama kali di bawah pentadbira­n Ketua Menteri baharu, Tan Sri Adenan Satem yang mengambil alih tampuk pemerintah­an daripada Tun Abdul Taib Mahmud kirakira dua tahun lalu.

“Kami memberi liputan harian, analisis dan fakta yang tepat. Ini yang bezakan kami dengan beberapa media lain. Kami juga tidak bermain politik tetapi fakta daripada kedua- dua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkan­g,” katanya.

Sementara itu, Ketua Editor Tugasan Bernama TV, Abdul Rahman Ahmad berkata selain liputan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, Bernama TV juga memaparkan berita berasaskan komuniti dari segi budaya dan makanan.

Para penonton, katanya, boleh menyaksika­n liputan Bernama TV menerusi saluran Astro 502, melalui pelbagai program seperti Feel Good Sarawak, Edisi Sarawak dan Ruang Bicara, pada setiap hari

Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio, Azlan Idris pula berkata tumpuan liputan oleh stesen radio berita itu ialah kepada kawasan ‘panas’.

Ia juga mengemas kini maklumat mengenai perjalanan proses pilihan raya Sarawak dari konti mini di Pusat Operasi Bernama sebanyak empat kali sehari, selain dokumentar­i khas mengenai pembanguna­n yang telah dinikmati Sarawak selama ini.

Bernama Radio turut mengadakan laporan lintas langsung oleh wartawan dari lokasi selain program temu bual bersama tetamu, menteri Kabinet dan calon- calon pilihan raya.

“Kami baru bersiaran di Sarawak sejak bulan Mac. Ini pertama kali kami menghantar pasukan ke Sarawak namun ia tidak menghalang kami daripada memberi liputan terbaik melalui saluran Kuching FM 100.9,” katanya. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia