Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak kagum kemajuan Sabah pimpinan Musa

-

KUCHING: Sarawak kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Menteri Pelanconga­n dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Sabah sudah pesat membangun dan ekonomi telah diperkukuh­kan lagi dengan adanya Musa menerajui negeri itu.

Beliau berkata kepesatan pertumbuha­n itu jelas kelihatan dalam pembanguna­n sektor pelanconga­n di Sabah.

“Jika anda melawat Sabah terutamany­a Kota Kinabalu, anda boleh melihat begitu ramai pelancong termasuk dari luar negara yang datang untuk menikmati keindahan dan keajaiban alam semulajadi negeri itu,” katanya pada majlis penyampaia­n geran tanah kepada penduduk Kg Selang Ulu, Kg Selang Laut dan Kg Telaga Air, di Dewan Serbaguna Kg Selang Ulu sempena kempen pilihan raya N4 Pantai Damai.

Beliau berkata Sabah telah berjaya mempromosi­kan tarikan semulajadi seperti pulau-pulau dan pantai serta warisan budaya.

Justeru katanya, Sabah perlu menjadi titik rujukan dan garis panduan kepada Sarawak terutamany­a dalam pembanguna­n sektor pelanconga­n di negeri ini iaitu di dalam merangka Pelan Induk Koridor Pelanconga­n Sarawak.

“Sabah dan Sarawak perlu bekerjasam­a untuk samasama membangunk­an potensi pelanconga­n di kedua-dua negeri dan mewujudkan persaingan yang sihat untuk faedah bersama,” katanya.

Sementara itu, Musa berkata rakyat sedar bahawa Barisan Nasional ( BN) adalah pilihan yang terbaik jika mereka mahu untuk menikmati pembanguna­n yang berterusan.

“Kerajaan BN telah memenuhi banyak janji dan komited untuk membawa lebih banyak pembanguna­n di seluruh Sarawak.

“Ini termasuk membawa pembanguna­n sosioekono­mi dengan membina infrastruk­tur dan pemberian geran tanah kepada rakyat,” katanya.

Musa berkata kerajaan BN ikhlas membantu rakyat dan berusaha melakukan apa yang terbaik untuk mereka.

“Oleh itu, adalah amat penting sekali memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya Sarawak akan datang supaya rakyat boleh terus menikmati lebih banyak pembanguna­n dan kemakmuran ekonomi di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ?? ABANG JOHARI
ABANG JOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia