Utusan Borneo (Sabah)

Azmin harus hormati hak Negeri Sarawak

-

KOTA KINABALU: Tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang berterusan mempertika­i keistimewa­an Sarawak berkaitan isu imigresen akan hanya menyebabka­n dia mengundang kebencian rakyat Sarawak terhadapny­a.

Presiden Pakatan NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar berkata Azmin melalui kenyataan rasminya pada 1 Mei menyatakan beliau akan ingkar dengan larangan berkenaan dan akan cuba memasuki Sarawak pada hari ini (Rabu) bagi membantu jentera PKR.

Menurutnya, Azmin sebelum ini telah dibenarkan untuk berada di Sarawak sehingga 2 Mei 2016 dan tidak dibenarkan masuk semula ke Sarawak sehingga 7 Mei ini.

Zulkarnain berkata Sarawak mempunyai hak mutlak untuk menghalang mana-manaindivi­dudaripada memasuki negeri itu. Ia selaras dengan peruntukan undang- undang yang diberikan khusus kepada negeri Sarawak termasuk Sabah ketika bersama membentuk Kerajaan Persekutua­n Malaysia dan ia juga termasuk dalam perjanjian 20 Perkara.

Katanya, kenyataan Azmin sebelum ini dalam satu sesi ceramah dengan ejekan kepada Tan Sri Adenan Satem, ‘Ini bukan negeri bapa kau’, adalah jelas satu perkataan yang dianggap biadap.

“Azmin dinasihatk­an untuk tidak berlagak sombong dan menunjukka­n keegoan terhadap penduduk Sarawak. Sekiranya Azmin Ali mahu memasuki Sarawak tidak salah beliau mencontohi Rafizi Ramli yang membuat permohonan terlebih dahulu untuk memasuki Sarawak dan telah dibenarkan walaupun Rafizi telah dihalang sebelum ini,” katanya.

Katanya, isu imigresen adalah perkara yang cukup sensitif bagi sebilangan besar penduduk asal Sarawak, dan apabila Azmin dilihat cuba mencabar undang- undang berkaitan hak imigresen, ia dikhuatiri akan menyebabka­n tindak balas yang melampau terhadapny­a oleh penduduk asal Sarawak.

“Harus diingat rakyat Sabah juga turut bersama dan senada dengan Sarawak dalam hal berkaitan isu perjanjian 20 Perkara termasuk isu imigresen.

“Budaya politik di Sarawak termasuk juga di Sabah masih dipengaruh­i oleh budaya politik kesederhan­aan dan aman. Justeru, mendesak kerajaan berkaitan isu imigresen meskipun hak imigresen adalah hak mutlak negeri Sarawak termasuk Sabah adalah satu tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh Azmin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia