Utusan Borneo (Sabah)

Usaha kerajaan majukan pendidikan untuk kepentinga­n rakyat

-

BETONG: Usaha kerajaan membangunk­an bidang pendidikan di negara ini adalah bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik dan bukan bagi tujuan politik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata dengan memajukan bidang pendidikan, semua rakyat akan mendapat manfaat daripada kemudahan tersebut, termasuk penduduk di luar bandar.

“Tidak kira sama ada Gen X, Gen Y atau Alpha, kerajaan memberi peruntukan yang banyak bukan sahaja untuk pembelajar­an dalam kelas tetapi juga di luar kelas termasuk ko- kurikulum,” katanya semasa merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin dekat sini kelmarin.

“Kerajaan beri pelbagai peruntukan untuk pendidikan. Jadi sokonglah kerajaan yang membawa pembanguna­n ini,” katanya.

Ahmad Zahid berharap semua pihak menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik.

Ahmad Zahid berkata sumbangan kerajaan kepada bidang pendidikan jangan hanya dinilai melalui peruntukan tetapi juga kepada pengisiann­ya.

“Pembanguna­n fizikal boleh dilakukan tetapi pembinaan peribadi, membentuk generasi yang merupakan aset negara perlu dilakukan melalui sistem pendidikan terbaik.

“Melalui sistem pendidikan terbaik bukan hanya Malaysia akan menjadi negara maju pada 2020, tetapi apabila meraikan kemerdekaa­n negara ke100 pada 2057, kita benar-benar jadi negara maju dan mempunyai tenaga profesiona­l, yang mana rakyat mendapat pendidikan tinggi kira-kira 70 peratus daripada rakyat Malaysia,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia