Utusan Borneo (Sabah)

`Ceburi pelbagai bidang kemahiran’

Saranan kepada golongan belia rebut peluang yang terbuka luas

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Program kemahiran belia buka peluang yang luas kepada anak muda yang belum mempunyai hala tuju dan tidak berkemampu­an untuk memperoleh­i kerjaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata belia di Sabah terutamany­a dari kawasan pedalaman sepatutnya tidak mensia-siakan setiap peluang yang disediakan untuk menceburi pelbagai bidang kemahiran.

Katanya, peluang berkenaan juga dapat menghindar para belia dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

“Dengan menceburka­n diri dalam bidang kemahiran, ia bukan sahaja mencungkil bakat serta keupayaan golongan belia.

“Malah, ia juga mampu mendorong para belia untuk menaiktara­f kehidupan keluarga masing-masing,” jelasnya.

Beliau ditemui media selepas mengadakan perjumpaan dengan kumpulan pelatih Sabah di Lapanagan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini kelmarin.

Kumpulan pelatih seramai 11 orang itu akan mengikuti kursus kemahiran di Institut Agro Usahawan ( Igrow) Mukim Pulau Tiga Kampung Gajah Negeri Perak.

Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) memberi galakan agar lebih ramai belia di negeri ini menyertai kursus kemahiran seumpama itu.

Menurutnya, usaha yang dilaksanak­an itu juga antara pendekatan PBRS dalam membantu anak-anak lepasan sekolah yang masih belum mempunyai hala tuju serta tidak berkemampu­an untuk melanjutka­n pelajaran.

“Ini adalah kumpulan kedua melibatkan belia Sabah menyertai program kemahiran di Igrow.

“Kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menjalanka­n kerjasama dengan Igrow untuk melaksanak­an program ini.

“Ia juga satu pendekatan kerajaan untuk mempromosi­kan integrasi dan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat,” katanya.

Para pelatih jelasnya, tidak perlu memiliki pencapaian akademik yang cemerlang tetapi mempunyai minat dalam bidang kemahiran serta latar belakang keluarga yang kurang berkemampu­an.

Beliau berkata, bayaran kemasukan hanya dikenakan sekali sahaja sekitar RM300 dan perbelanja­an pelatih akan ditanggung sepanjang mereka mengikuti kursus kemahiran di Igrow.

“Berbanding dahulu, generasi sekarang lebih banyak menerima pendedahan. Justeru, ia memudahkan mereka untuk mengadapta­si persekitar­an dan mempelajar­i budaya baharu.

“Kita juga merancang untuk melaksanak­an projek seperti ini di kawasan Pensiangan dengan objektif mempromosi­kan integrasi dan perpaduan nasional antara Semenanjun­g dengan penduduk Sabah,” katanya.

 ??  ?? pelatih bergambar bersama Kurup (enam kiri) sebelum berlepas ke negeri Perak.
pelatih bergambar bersama Kurup (enam kiri) sebelum berlepas ke negeri Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia