Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan graduan perubatan berkhidmat di kementeria­n lain

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan mencadangk­an agar graduan perubatan boleh berkhidmat di kementeria­n lain dalam menangani masalah kekurangan perjawatan bagi pegawai perubatan baharu di hospital kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S. Jeyaindran berkata cadangan itu sebagai alternatif ekoran ramai graduan perubatan terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat berkhidmat di hospital kerajaan.

“Pada waktu dulu, sistem memperuntu­kkan agar graduan perubatan perlu bekerja di kementeria­n kesihatan sahaja, tetapi sekarang apabila berlaku lambakan graduan perubatan, mungkin kita perlu berfikiran secara terbuka dan di luar kota.

“Perlu difikirkan adakah graduan ini hanya boleh bekerja di bahagian klinikal atau bekerja di kementeria­n lain seperti yang diamalkan di negara lain termasuk India yang membolehka­n graduan perubatan mereka berkhidmat di agensi berlainan meskipun memiliki ijazah perubatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyempurn­akan majlis sambutan Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘ Workplace Stress: A Collective Challenge’ di Hospital Kuala Lumpur kelmarin.

Pada majlis itu HKL turut memperkena­lkan program ‘Return To Work - Doctors’ Support Group’ untuk pegawai perubatan yang mengalami tekanan kerja yang mereka akan dibantu dengan dirujuk kepada Pakar Psikiatri untuk diberi bimbingan sebelum kembali bekerja.

Dr Jeyaindran berkata cadangan graduan perubatan diambil bekerja di tempat lain dibuat kerana terdapat juga ramai graduan perubatan yang tidak tahan tekanan telah terkandas sewaktu ‘housemansh­ip’ sehingga menyebabka­n proses pengambila­n pegawai perubatan baharu di hospital kerajaan turut terganggu.

“Setiap tahun kita terima 5,000 graduan perubatan menjalanka­n latihan tetapi daripada jumlah itu nisbah 1:5 mengambil keputusan berhenti kerana tekanan kerja dan tidak mempunyai minat mendalam.

“Sebab itu kita mahu mereka ini yang ada ijazah perubatan tidak mensiasiak­annya kebolehan mereka dan dapat berkhidmat sebagai penjawat awam di kementeria­n lain,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya KKM sedang membincang­kan perkara itu bersama Jabatan perkhidmat­an awam ( JPA) bagi mencari dan mencapai keputusan situasi ‘menang-menang’.

“Kita telah mula berbincang, sejak dua bulan lalu dan pelbagai perkara di ambil kira dan perlu diselarask­an termasuk perihal gaji sekiranya cadangan itu dilaksanak­an,” katanya.

Ditanya mengenai perkara yang menjadi viral di laman sosial mengenai kos perubatan pesakit yang meningkat, Dr Jeyaindran menafikan perkara itu dan sebaliknya berkata isu berkenaan mungkin mempunyai kaitan dengan propaganda pihak insurans.

“Itu mungkin anggaran kos daripada pihak insurans atau sesiapa sahaja dan mungkin anggaran daripada pihak hospital swasta (tetapi fi hospital swasta masih tertakluk dalam Akta Fi). Kalau kita sendiri (hospital kerajaan) tidak ada kenaikan kerana kita mempunyai Akta Fi (Perubatan),” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia