Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian rakan sekerja, tiga tentera laut diarah bela diri

-

KOTA KINABALU: Tiga tentera laut diperintah­kan membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas pertuduhan menyebabka­n kematian rakan sekerja mereka.

Hakim Ainul Shahrin M oh a mad membuat keputusan itu ke atas Zahirudin Nordin, 27, Mohd Hood Mah Hasib, 27, dan Muhammad Fadli Zaini, 26, yang diwakili peguam Ram Singh.

Ainul dalam penghakima­nnya, berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap semua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 304 ( a) Kanun Keseksaan.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 304 ( a) Kanun Keseksaan, dituduh dengan niat bersama menyebabka­n kematian Asrup Raidin, 28.

Kesalahan itu dilakukan pada 3 Disember 2013 di kawasan lagun stesen Uniform Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM), Terumbu Ubi, Wilayah Persekutua­n Labuan.

Sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 30 tahun dan denda.

Sementara itu, Ram memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil empat saksi untuk memberikan keterangan terhadap semua tertuduh.

Dalam pada itu, mahkamah menangguhk­an pendengara­n pembelaan pada hari ini, selepas membenarka­n permohonan daripada pihak pembelaan.

Timbalan Pendakwara­ya Akmal Zatul Mohamed Nawi yang bertindak untuk pendakwaan tidak membantah.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, seorang lelaki berhadapan dengan hukuman penjara lima tahun, apabila didakwa atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 13 Jun tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Mohd Kairul Abas, selepas mengaku tidak bersalah.

Mohd Kairul didakwa berada dalam milikannya sebilah pisau sepanjang 37cm berserta sarungnya, pada 25 April tahun ini jam 1.30 pagi, di Kampung Likas Lama, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 6 ( 1) Akta Bahan- Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2014, boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum sepuluh tahun, serta sebatan.

Dalam kes berasingan, tertuduh juga didakwa menyimpan harta curi yang mana didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa dalam milikannya dua bekas tin, rantai emas, sebentuk cincin, loket, anting- anting, dua keping surat pembelian, dua telefon bimbit dan sekeping USD Dollar, yang dipercayai­nya sebagai harta curi, pada hari dan di tempat sama.

Mahkamah menetapkan pada 1 Jun tahun ini untuk pengurusan kes terhadap Mohd Kairul selepas mengaku tidak bersalah, atas pertuduhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia