Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa 14 pertuduhan pecah amanah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas 14 pertuduhan menyalahgu­nakan cek berjumlah RM77,260.40 milik sebuah sekolah agama rakyat.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 1, 2, dan 13 Jun tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Raj Shariff Benjamin Shah, 29, selepas mengaku tidak bersalah.

Bagi pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh didakwa secara curang menggunaka­n cek milik sekolah berkenaan masingmasi­ng sebanyak RM8,175, RM3,570.70, RM4,500, RM10,000 dan RM8,075.

Kesalahan itu dilakukan pada 1 November 2013 hingga 9 Januari 2014 di Bank Islam cawangan Kota Kinabalu, Jalan Perpaduan, di sini.

Keenam hingga kesepuluh, Raj Shariff sekali lagi dituduh menyalahgu­nakan cek milik sekolah berkenaan berjumlah RM8,175, RM4,500, RM2,666.70, RM2,500, dan RM5,600, pada 15 Mac 2013 hingga 5 Mac 2014, di tempat sama.

Ke-11 hingga ke-12, antara 26 November 2013 hingga 14 Mac 2014 di tempat sama, tertuduh didakwa menyalahgu­nakan cek bernilai masing- masing RM5,875, RM2,553, RM5,000 dan RM6,070.

Atas semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan, penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan boleh dikenakan sebat, atau denda, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng mencadangk­an tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM6,000 untuk setiap pertuduhan berkenaan.

Raj Shariff yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah berkenaan dikurangka­n.

Mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM2,500 deposit RM2,000 yang dicagarkan oleh dua penjamin tempatan, bagi setiap pertuduhan.

Di Kuala Lumpur, gara- gara mencuri pelbagai pakaian di sebuah kompleks belibelah, seorang penganggur dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret kelmarin.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhka­n hukuman itu ke atas Ghaz Haswanddy Ghazali, 36, selepas dia mengaku bersalah mencuri lima helai pakaian bernilai RM212.40 milik Parkson Maju Junction, di sini pada 2 petang, 1 Mei lepas.

Mahkamah memerintah­kan Ghaz Haswanddy menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 1 Mei lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentinga­n awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Ghaz Haswanddy yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berasal dari keluarga susah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia