Utusan Borneo (Sabah)

Sarang penagih, setinggan digempur

Seramai 30 PTI dan tujuh penagih ditahan polis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINBALU: Seramai 30 pendatang tanpa izin (PTI) dan tujuh penagih ditahan semasa fasa 1 operasi bersepadu ( Ops PTI Bersepadu) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di kawasan setinggan Sembulan, di sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata operasi yang dijalankan bermula jam 1 hingga 7 pagi itu dilaksanak­an bagi membantera­s kehadiran PTI selain menanda rumah yang hendak dirobohkan pada fasa kedua operasi terbabit.

“Tumpuan operasi dilakukan di kawasan penempatan yang dipercayai wujudnya sarang penagihan dadah serta kawasan perumahan setinggan yang baharu didirikan secara tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Chandra berkata sepanjang operasi berjalan, seramai 2,469 individu termasuk 803 kanak-kanak diarahkan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n awal.

“Daripada jumlah itu, kita berjaya menahan 30 individu termasuk enam kanak-kanak terdiri daripada warga Filipina serta seorang lelaki warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

“Kita juga menahan tujuh lelaki dewasa selepas didapati terlibat dalam penyalahgu­naan dadah dan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 15 ( 1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kesemua tahanan kemudianny­a dihantar ke lokap berpusat untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Ops PTI Bersepadu disertai agensi keselamata­n daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen, Rela dan Sabah Elektricit­y Sdn Bhd (SESB).

 ??  ?? ANTARA tahanan yang dibawa ke Dewan Serbaguna Sembulan untuk menjalani proses dokumentas­i.
ANTARA tahanan yang dibawa ke Dewan Serbaguna Sembulan untuk menjalani proses dokumentas­i.
 ??  ?? ANTARA individu yang cuba menyembuny­ikan diri berjaya ditahan anggota polis semasa Ops PTI Bersepadu dijalankan.
ANTARA individu yang cuba menyembuny­ikan diri berjaya ditahan anggota polis semasa Ops PTI Bersepadu dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia