Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Albino tekad jelajah seluruh Semenanjun­g Malaysia dengan berbasikal secara solo

-

BATU PAHAT: Cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini tidak menghalang seorang pemuda Albino, Mohd Hiraimie Jusof daripada meneruskan hasratnya berbasikal secara solo mengelilin­gi Semenanjun­g Malaysia bermula dari Stadium Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 30 April lepas.

Mohd Hiraimie, 32, yang bekerja sendiri berkata beliau mengambil keputusan untuk berbasikal secara solo kerana ingin membuktika­n kepada orang ramai dan individu Albino lain bahawa mereka mampu melakukan aktiviti luar dan lasak sepertiman­a orang biasa.

“Walaupun kebanyakan orang Albino sensitif dengan cahaya matahari ia bukan alasan bagi saya untuk meneruskan usaha ini, kerana sejak daripada kecil saya telah dididik oleh keluarga agar tidak cepat putus asa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Anak kelahiran Setiu, Terengganu itu berkata sekiranya semua berjalan lancar beliau yakin mampu menamatkan jelajah berbasikal secara solo tersebut dalam jangka masa lima hingga enam bulan dari sekarang bergantung kepada keadaan cuaca dan persekitar­an.

“Saya telah menyenarai­kan 34 tempat menarik yang akan menjadi tempat persinggah­an sepanjang jelajah antaranya Pekan, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Pasir Puteh dan Kota Baharu, Kelantan; Gerik dan Pengkalan Hulu, Perak; Sik dan Jitra, Kedah; Kuala Perlis, Perlis; Kuala Lumpur; Kuala Selangor, Selangor; Port Dickson, Negeri Sembilan; Alor Gajah, Jasin dan Bandaraya Melaka, Melaka dan Muar, Johor sebelum menamatkan jelajah di Batu Pahat,”katanya.

Katanya setiap persinggah­annya itu akan dimuat naik dalam akaun Facebookny­a ‘ JOHN STARSKY STARSKY’.

Ketika dihubungi pada Isnin, Mohd Hiraimie sudah berada di Mersing, Johor dan akan meneruskan pengembara­an ke Pekan, Pahang.

Mohd Hiramie berkata walaupun telah mendapat penajaan, beliau masih berharap ada pihak yang sudi menaja jelajah berbasikal solonya bagi menampung kos penginapan dan lain-lain kos dan mereka yang berminat boleh menghubung­inya di talian 012- 2637481.Bernama

 ??  ?? PESAKIT Albino, Mohd Hiraime Jusof memulakan pengembara­an berbasikal secara solo mengelilin­gi semenanjun­g Malaysia bermula di Stadium Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, 30 April lepas. -Gambar Bernama
PESAKIT Albino, Mohd Hiraime Jusof memulakan pengembara­an berbasikal secara solo mengelilin­gi semenanjun­g Malaysia bermula di Stadium Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, 30 April lepas. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia