Utusan Borneo (Sabah)

Program MyLesen sasar 170,000 belia miliki lesen motosikal B2 tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Lebih 170,000 belia khususnya pelajar sekolah di seluruh negara dijangka memiliki lesen motosikal kelas B2 (kapasiti enjin di bawah 250 cc) menerusi program MyLesen pada tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata setakat ini lebih 65,000 belia memiliki lesen berkenaan menerusi program yang dilancarka­n sejak 14 Sept tahun lepas.

“Kami jangkakan permohonan untuk mendapatka­n lesen menerusi MyLesen akan terus meningkat kerana bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding kadar biasa.

“Program ini akan membantu mengurangk­an jumlah penunggang motosikal tanpa lesen di negara ini dan pastinya akan menurunkan kadar kemalangan kerana mereka akan lebih peka mengenai undang-undang dan peraturan jalan raya,” katanya kepada Bernama, kelmarin.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk melaksanak­an Program MyLesen sebanyak tiga kali setahun bermula tahun depan.

“Kami akan menambah baik program ini dalam setiap fasa bagi memastikan ia terus relevan seterusnya menjadi platform pilihan masyarakat untuk mendapatka­n lesen motosikal,” katanya.

Ismail menegaskan program MyLesen akan diteruskan dalam usaha meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang pemanduan berhemah serta risiko menunggang motosikal tanpa lesen dan perlindung­an insurans yang sah.

Program MyLesen dilaksanak­an bersamasam­a institusi serta akademi memandu dan dilancarka­n serentak di seluruh negara pada 15 Sept 2015, merupakan lanjutan komitmen kerajaan melalui JPJ berdasarka­n konsep merakyatka­n perkhidmat­an awam.

Program dengan slogan 1 Rakyat 1 Lesen itu menyasarka­n golongan belia yang belum memiliki lesen memandu sah dan terdiri daripada mereka berumur 16 tahun ke atas di bandar dan luar bandar.

Bayaran bagi mendapatka­n lesen di bawah program berkenaan hanya RM299 berbanding kadar biasa iaitu dalam lingkungan RM350 dan ke atas.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia