Utusan Borneo (Sabah)

MV Mega Bakti sertai eksesais PR16

Uji keberkesan­an sistem mencari dan menyelamat kapal selam

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

K APAL penyelamat kapal selam MV Mega Bakti (MB) dipilih menyertai eksesais multinasio­nal Eksesais Pacific Reach 2016 (PR16) di Jinhae, Korea Selatan bermula 23 Mei sehingga 3 Jun depan.

Panglima Angkatan Kapal Selam Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob berkata eksesais yang dianjurkan setiap tiga tahun sekali itu boleh menguji kemampuan dan keberkesan­an sistem mencari dan menyelamat kapal selam.

Katanya, penglibata­n kali ini memberikan bonus tambahan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berikutan sebelum ini pihaknya hanya dijemput sebagai pemerhati eksesais dalaman yang berbentuk asas dan rutin.

“Kali ini, ia adalah penglibata­n eksesais berskala besar yang pertama kali dijalankan membabitka­n negara yang mengoperas­ikan kapal selam di rantau ini.

“Eksesais ini akan memberikan pengalaman berharga kepada 12 warga TLDM serta 30 kru dalam mempelajar­i teknologi dan konsep menyelamat terkini yang digunakan oleh negara luar termasuk Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura serta Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada acara Pelepasan Tali Kapal Mencari dan Menyelamat Kapal Selam Mega Bakti bersama Pengarah Urusan Target Mega Marine Sdn Bhd Datuk Sofiadin Jaafar sempena penglibata­n dalam PR16 di Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS), di Kota Kinabalu kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Target Mega Marine Sdn Bhd Laksamana Muda (bersara) Datuk Mohammad Rosland Omar. Kapal MB dilengkapk­an dengan sistem menyelamat kapal selam Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) iaitu Pressurise­d Rescue yang berkeupaya­an melakukan tugas menyelamat warga kapal selam yang terkandas di laut sehingga mencapai

kedalaman 600 meter.

 ??  ?? keluarga anak kapal selam MV MB melambai tangan kearah kapal penyelamat yang akan melakukan Eksesais Pacific Reach 2016 (PR16) di Jinhae, Korea Selatan bermula 23 Mei sehingga 3 Jun depan.
keluarga anak kapal selam MV MB melambai tangan kearah kapal penyelamat yang akan melakukan Eksesais Pacific Reach 2016 (PR16) di Jinhae, Korea Selatan bermula 23 Mei sehingga 3 Jun depan.
 ??  ?? Rahman bersama Sofiadin merakamkan gambar kenangan bersama warga dan kru TLDM. ABDUL
Rahman bersama Sofiadin merakamkan gambar kenangan bersama warga dan kru TLDM. ABDUL
 ??  ?? ABDUL Rahman bersama Sofiadin melakukan upacara Pelepasan Tali Kapal Mencari dan Menyelamat Kapal Selam Mega Bakti di Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS).
ABDUL Rahman bersama Sofiadin melakukan upacara Pelepasan Tali Kapal Mencari dan Menyelamat Kapal Selam Mega Bakti di Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS).
 ??  ?? ABDUL Rahman bersama Sofiadin bersalaman dengan warga dan kru TLDM.
ABDUL Rahman bersama Sofiadin bersalaman dengan warga dan kru TLDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia