Utusan Borneo (Sabah)

Menghormat­i budaya orang lain kunci keharmonia­n kaum

-

adat resam serta menghormat­i budaya suku lain merupakan kunci utama keharmonia­n kaum dan amat bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini, ‘Keamanan dan Persahabat­an’.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata sambutan perayaan itu bukan sahaja dihadiri oleh suku kaum Kadazan, Dusun Murut, Kimaragang

BOLKIAH (kanan) menuai padi sebagai gimik pelancaran pesta berkenaan. dan Tombonuo, malahan dari kelompok masyarakat lain.

“Masyarakat seperti Bajau, Cina dan lain-lain kaum turut meraikan perayaan ini, dan ia tidak menghairan­kan di Sabah kerana sekian lama mengamalka­n konsep satu pesta satu bangsa serta satu budaya dalam satu Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Adun Pitas berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Mukim Pinggan-Pinggan 2016 di Dewan Serbaguna Kampung Sinanggip, Pitas.

Sementara itu, Bolkiah meminta penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Nibang supaya bersabar menantikan penyelengg­araan atau kerja naik taraf jalan raya dari Kampung Singanggip, Nibang sehingga ke Kampung Pandan Mandamai.

Katanya, kerja pembinaan jalan raya itu akan dimulakan tahun ini sebagai kesinambun­gan jalan utama dari Mempakad Laut ke Kampung Kibubuk, dan seterusnya.

Dalam pada itu, tahun ini tujuh gadis bersaing di peringkat akhir pertanding­an Unduk Ngadau peringkat Mukim Pinggan-Pinggan.

Pertanding­an itu dimenangi Evelyn Vencent diikuti di tempat kedua oleh Masrinah Jumat dan ketiga Margaret Chong. Kesemua pemenang menerima hadiah berupa sebuah piala, wang tunai, selempang dan kalungan bunga.

Di majlis itu juga, turut diadakan penyampaia­n hadiah kejohanan pelbagai acara sukan, cabutan tiket pengunjung bertuah dan sumbangan beras kepada warga emas yang BALAWIN, Zamrah , Bolkiah, Awang Okik, Firuz dan Rudy bersama ketiga-tiga pemenang ratu Unduk Ngadau Mukim PingganPin­ggan 2016. disumbangk­an oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sinanggip dan KRT Kampung Kasagaan Jaya.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Mukim Pinggan-Pinggan 2016 Balawin Dananau, Penolong Pegawai Daerah Pitas Firuz Idzual Deen, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Pitas Zamrah Abnaha, Pengerusi Induk Unduk Ngadau Daerah Pitas Dato’ Sri Dr Rudy Awah, dan Pengerusi Induk Sugandoi Daerah yang juga Naib Presiden PBS Pusat dan Ketua Bahagian PBS DUN Pitas Ng Loi Tect.

 ??  ??
 ??  ?? EVELYN ( duduk) diapit oleh Masrinah ( kiri) dan Margaret.
EVELYN ( duduk) diapit oleh Masrinah ( kiri) dan Margaret.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia