Utusan Borneo (Sabah)

Khidmat pengiring trafik Tun Mahathir ditarik

Bagaimanap­un, khidmat pengawal pengiring dikekalkan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Polis Diraja Malaysia( PDRM) memutuskan untuk menarik balik khidmat pengiring trafik untuk Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sebagai mantan Perdana Menteri selepas tindakanny­a menghadiri beberapa perhimpuna­n haram di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat oleh beliau sendiri dengan kuasa sebagai Ketua Polis Negara.

Beliau bagaimanap­un berkata khidmat pengawal pengiring Tun M tidak akan ditarik oleh PDRM bagi mementingk­an faktor keselamata­n beliau.

“Kita enggan meletakkan Tun M dalam keadaan bahaya dan PDRM masih bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n beliau yang masih dikawal anggota polis daripada Unit Tindakan Khas ( UTK) PDRM,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Kedaulatan Negara di Dewan Serbaguna Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini pagi kelmarin.

Khalid berkata pihaknya menarik kembali khidmat pengiring trafik Tun M kerana khidmat itu digunakan untuk menyertai Perhimpuna­n Bersih, Perhimpuna­n bantah Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), serta mengutip tandatanga­n untuk deklarasi rakyat.

“Kesemua tindakan terbabit bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan perlembaga­an yang ditetapkan bagi Malaysia dan pihak PDRM tidak dapat membantu tindakan beliau.

“Oleh itu, saya harapkan Tun M akan faham terhadap tindakan PDRM yang mendukung Rukun Negara dan tidak dapat menyokong tindakan pihak yang melanggar undang- undang negara,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengkaji keperluan Tun M jika beliau memerlukan khidmat pengiring trafik pada masa hadapan.

“Pegawai Tun M perlu mengemukak­an permohonan kepada PDRM terlebih dahulu dan kita akan memberikan khidmat trafik jika perjalanan beliau adalah bagi menghadiri majlis rasmi kerajaan dan tidak membabitka­n pelanggara­n mana-mana undang-undang negara,” katanya.

Khalid juga memberikan amaran keras kepada golongan sukarela bermotosik­al besar tidak terlatih yang ingin memberikan khidmat iringan bermotosik­al kepada Tun M.

“Tindakan itu bukan sahaja membahayak­an diri sendiri malahan ia turut membahayak­an pengguna jalan raya lain, oleh itu orang ramai dinasihatk­an supaya tidak mematuhi arahan golongan ini jika diminta memberikan laluan di jalan raya.

“Kita tidak akan teragakaga­k untuk mengenakan tindakan keras mengikut peraturan serta undangunda­ng yang ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan) menyampaik­an Pingat Kedaulatan Negara kepada Jenny Halim iaitu isteri kepada Allahyarha­m Kopral Halimin Amin yang terkorban pada pertempura­n dengan pengganas di Semporna. GambarBern­ama
KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan) menyampaik­an Pingat Kedaulatan Negara kepada Jenny Halim iaitu isteri kepada Allahyarha­m Kopral Halimin Amin yang terkorban pada pertempura­n dengan pengganas di Semporna. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia