Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Seri Angkasa kembali lagi pada 20 & 21 Mei 2016

-

K ALI terakhir Anugerah Seri Angkasa (ASA) diadakan adalah pada tahun 2010 dan kini selepas enam tahun berlalu, Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA 2016) akan kembali ke pentas majlis penganuger­ahan bagi memartabat­kan para penggiat seni industri kreatif penyiaran tanah air.

Ia juga sebagai suatu bentuk pengiktira­fan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada pengamal penyiaran, khususnya untuk krew penerbitan dan siaran, penerbit, juruhebah, penyampai dan kru teknikal.

Bertemakan Evolusi Tanpa Batasan, sebanyak 38 pencalonan Kategori TV dan 19 pencalonan Kategori Radio menjadi rebutan peserta.

ASA 2016 akan turut mengiktira­f pekerja di belakang tabir industri kreatif yang merupakan tenaga kerja penting dalam merealisas­ikan sesebuah penerbitan.

RTM di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia telah membuka peluang penyertaan sehingga penghujung tahun lalu, secara dalam talian dan menerusi borang penyertaan.

Sambutan luar biasa yang diterima menyebabka­n pihak urusetia terpaksa melanjutka­n tarikh tutup penyertaan.

Antara syarat penyertaan yang perlu dipatuhi, rancangan-rancangan yang dicalonkan adalah yang pertama kali disiarkan stesen penyiaran masingmasi­ng antara 1 September 2014 hingga 31 Ogos 2015.

Penyertaan terbuka kepada semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta yang programnya disiarkan melalui siaran tidak berbayar (terrestria­l) dan satelit.

Stesen TV yang menyertai ialah RTM, Astro, Media Prima, TV Alhijrah, serta stesen radio iaitu Nasional FM, Traxx FM, Minnal FM, AiFM, Suria FM, Ikim FM, 988 FM, Best FM, Bernama Radio, dan IM4U FM.

RTM selaku urusetia ASA 2016, menerima sebanyak 756 borang pencalonan. Hanya 701 penyertaan diterima, manakala 55 lagi ditolak kerana tidak menepati syarat-syarat penyertaan.

Daripada 701 penyer- taan, 538 pencalonan adalah daripada kategori TV manakala baki 163 pula adalah pencalonan bagi kategori radio.

ASA 2016 sekali lagi menyaksika­n RTM mencatat jumlah penyertaan tertinggi. RTM menghantar 249 pencalonan bagi 38 kategori TV dan 19 kategori Radio. Astro pula menghantar 227 pencalonan, diikuti Media Prima 159 pencalonan.

Manakala 14 pencalonan dihantar stesen TV Alhijrah, yang pertama kali menyertai ASA sementara sebanyak 52 pencalonan diterima melalui saluran Suria FM, Ikim FM, 988 FM, Best FM, Bernama Radio, dan IM4U FM.

Antara kategori TV yang dipertandi­ngkan dan menjadi tumpuan malam tersebut ialah Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Drama TV Terbaik, dan Hiburan TV Muzikal Terbaik.

Bagi kategori Jurukamera TV Terbaik, Kru Kamera TV Terbaik, Promo TV Terbaik, Montaj TV Terbaik, Suntingan Rancangan TV Terbaik adalah antara kategori yang mengiktira­f pekerja-pekerja belakang tabir.

Kategori TV, ASA 2016 menerima pencalonan terbanyak untuk kategori Drama TV Terbaik. Manakala kategori Animasi Penerbitan TV menerima pencalonan paling rendah. Dua kategori khas turut diberikan iaitu Anugerah Juri dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.

Bagi kategori Radio, penyertaan terbanyak yang dihantar ialah bagi kategori DJ Radio Wanita Terbaik iaitu sebanyak 29 pencalonan. Terdapat juga kategori yang kurang mendapat sambutan daripada stesen radio untuk dicalonkan ke pentas ASA 2016 kali ini iaitu Buletin Berita Radio Terbaik, Liputan Berita Radio Terbaik dan Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik yang masing-masing mempunyai 4 pencalonan sahaja.

Seperti ASA yang lepas, setiap kategori yang dipertandi­ngkan seratus peratus diadili oleh juri-juri profesiona­l yang terdiri daripada golongan ahli akademik, ahli profesiona­l penggiat seni dan karyawan. Ini membuktika­n hanya yang terbaik akan diangkat dan dimartabat­kan di ASA 2016.

ASA 2016 sekali lagi akan mencatatka­n sejarah dalam industri kreatif dan penyiaran tanah air apabila acara gilang-gemilang ini akan berlangsun­g selama dua malam berturut-turut di Auditorium Perdana Angkasapur­i.

ASA 2016 pada 20 Mei 2016 akan diacarakan pengacara RTM, Terence Dass bersama Adibah Noor. Manakala Kemuncak Seri Angkasa 2016 pada 21 Mei 2016, menggandin­gkan pengacara RTM, Muaz Mohamad dan Nana Mahazan. Penyampai anugerah terdiri daripada personalit­i semua stesen TV dan radio terlibat.

Sebelum itu pada 15 Mei 2016, akan disiarkan Debaran Anugerah Seri Angkasa 2016 pada jam 9.30 malam menerusi TV1.

 ??  ??
 ??  ?? Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim ketika ASA 2010 yang kali pertama dianjurkan secara bersama oleh RTM, Media Prima dan Astro. Selepas enam tahun, ASA akan kembali untuk edisi tahun 2016 pada 20 dan 21 Mei ini. BEKAS
Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim ketika ASA 2010 yang kali pertama dianjurkan secara bersama oleh RTM, Media Prima dan Astro. Selepas enam tahun, ASA akan kembali untuk edisi tahun 2016 pada 20 dan 21 Mei ini. BEKAS
 ??  ?? ASA selepas tahun 2000 lebih gah dan menampilka­n selebriti baharu hasil produk program realiti TV seperti Zahid dan Farah daripada Akademi Fantasia. PENGANJURA­N
ASA selepas tahun 2000 lebih gah dan menampilka­n selebriti baharu hasil produk program realiti TV seperti Zahid dan Farah daripada Akademi Fantasia. PENGANJURA­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia