Utusan Borneo (Sabah)

Remaja miliki dadah ditangkap polis

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seorang remaja lelaki rakyat asing telah dicekup polis kerana disyaki memiliki dadah di Batu 5, Jalan KeningauSo­ok, di sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­den Douglas Nyeging Taong berkata suspek yang berusia 17 tahun tidak memiliki dokumen ketika ditangkap.

Katanya, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 14.05 gram dengan nilai harga pasaran RM1,200.

Menurutnya pada 21 April kira-kira jam 11.15 pagi, ketika pengadu bersama anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik IPD Keningau menjalanka­n Operasi Motosikal dan Pencegahan Jenayah di kawasan Batu 5, Jalan Keningau-Sook, telah menahan sebuah motosikal warna merah jenis Nimota yang dinaiki oleh suspek.

Pengadu yang juga anggota polis kemudianny­a membuat pemeriksaa­n badan dan mengambil beg sandang suspek lalu membuat pemeriksaa­n dan menjumpai satu bekas berzip warna hitam. Apabila diperiksa di dalamnya mengandung­i dua paket plastik lutsinar sederhana besar dan empat paket plastik lutsinar sederhana kecil berisi bahan disyaki dadah jenis syabu.

“Pengadu merampas dadah serta menangkap suspek dan membawa balik ke balai polis untuk tindakan lanjut. Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e,” katanya.

Douglas berkata suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit boleh di penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun, dan sebatan tidak kurang tiga kali, dan tidak lebih sembilan kali.

Katanya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama dan jika sabit boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebih RM5,000.

 ??  ?? DADAH yang dirampas daripada suspek.
DADAH yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia