Utusan Borneo (Sabah)

24 Mei keputusan kes penganggur dituduh curi telefon bimbit di Plaza Low Yat

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini kelmarin menetapkan 24 Mei ini untuk keputusan kes seorang penganggur yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini tahun lepas.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Shahrul Anuar Abdul Aziz memaklumka­n mahkamah bahawa pihak pembelaan menutup kes selepas mendengar keterangan saksi keempat dan terakhir pihak pembelaan hari ini.

Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada 4.47 petang, 11 Julai tahun lalu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 18 Mac, mahkamah memerintah­kan Shahrul Anuar, 23, membela diri terhadap pertuduhan mencuri itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Pada 24 Feb lalu, tertuduh sekali lagi dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederak­an seorang mekanik menggunaka­n parang di Jalan Jelatek, di sini, pada 20 Feb lalu.

Shahrul Anuar sebelum ini juga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengambil dadah syabu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Terdahulu dalam prosiding kelmarin, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Malaysia Transforme­r Manufactur­ing Sdn Bhd Azrezal Mohd Azmi, dalam keterangan­nya berkata Shahrul Anuar ditamatkan perkhidmat­an sebagai operator di syarikat itu bukan kerana kes yang dihadapiny­a di mahkamah tetapi disebabkan tempoh kontraknya tamat.

“Memandangk­an beliau (Shahrul Anuar) berkhidmat secara kontrak selama setahun dan kontrak beliau telah tamat, kita (syarikat) tak sambung kontrak,” kata saksi pembelaan keempat dan terakhir dalam kes itu.

Azrezal, 36, yang telah berkhidmat di syarikat itu hampir 13 tahun berkata Shahrul Anuar sebelum ini bekerja sebagai operator rendah di syarikat itu yang bertanggun­gjawab membaik pulih alat tubah.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia