Utusan Borneo (Sabah)

Jangan tolak kemasukan pelajar ‘All England’

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kesemua pengetua diminta tidak menolak kemasukan pelajar yang ditempatka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sekolah mereka termasuk yang mempunyai pencapaian akademik ‘All England’ (semua E).

Pengarah Pendidikan Sabah Maimunah Suhaibul berkata kesemua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk melanjutka­n pelajaran sekalipun tidak mencatat keputusan cemerlang.

“Pelajar-pelajar ini juga tidak boleh dikecualik­an atau tidak dibenarkan menduduki peperiksaa­n, terimalah mereka seadanya dan didiklah mereka sehingga berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Ke-40, di sini kelmarin.

Beliau hadir mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dato’ Sri Dr Khair Mohamad Yusof sempena persidanga­n tiga hari terbabit yang berlangsun­g antara 3-5 Mei.

Menyentuh hal berasingan, Maimunah turut menggesa para pengetua supaya berwaspada dalam mendepani cabaran media sosial khususnya isu-isu kitar semula yang diviralkan.

“Kebanyakan isu yang diviralkan di media sosial walaupun kelihatan betul tetapi banyak juga fitnah, sekiranya tidak diselidik atau diteliti dengan sebaikbaik­nya.

“Pastikan juga ‘anak-anak buah kita’ tidak menulis sebarangan di aplikasi media sosial kerana perkara ini boleh menyebabka­n mereka diambil tindakan tata-tertib,” katanya.

Mengulas lanjut, sebuah Jawatankua­sa Memperkasa Ekonomi Bumiputera akan ditubuhkan untuk mengumpul data pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah.

“Kita mahu melihat keputusan mereka dan status mereka selepas tamat SPM, serta melihat pendekatan yang boleh kita ambil untuk membantu mereka.

“Khususnya golongan yang ‘ tidak membuat apa-apa’ atau yang hanya ‘ duduk’ di rumah,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Presiden Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSM), Nuinda Alias.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia