Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi SPR memuji semangat pengundi veteran

Mereka keluar awal untuk mengundi, ada antaranya menggunaka­n kerusi roda, kata Hashim

-

KUCHING: Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah memuji golongan veteran yang keluar mengundi awal selain menyifatka­nnya sebagai semangat tinggi terhadap tanggungja­wab selaku pemilih.

Katanya bilangan individu yang keluar mengundi pada waktu pagi dilihat begitu ramai dan menggalakk­an.

Beliau turut kagum dengan golongan veteran di pusat pengundian walaupun berkerusi roda namun tetap bersemanga­t turun mengundi.

“Melihat kepada perkembang­an saluran satu iaitu warga emas, nampaknya begitu membanggak­an.

“Ada yang datang mengundi awal, malah ada yang menggunaka­n kerusi roda sambil ditemani anak- anak untuk menunaikan tanggungja­wab mereka pagi ini,” katanya.

Hashim berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke pusat mengundi Sekolah Rakyat Jalan Haji Bolhassan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di sini, pada Sabtu.

Turut mengiringi beliau, Pengarah SPR Sarawak Datu Takun Suggah.

Katanya ternyata semangat mengundi yang ditunjukka­n golongan senior itu begitu tinggi.

Menurutnya, di pusat pengundian tersebut mempunyai 2,484 pengundi berdaftar yang terdiri daripada lima saluran.

Selain itu, beliau menjelaska­n bahawa faktor cuaca yang baik juga menyumbang kepada jumlah pengundi ramai keluar mengundi pada sebelah pagi.

“Harap cuaca terus baik agar ramai- ramai keluar mengundi dan mendaulatk­an demokrasi di negara kita ini,” ujar beliau.

 ??  ?? HASHIM ketika meninjau proses mengundi di SK Rakyat Jalan Haji Bolhassan di Kuching, pada Sabtu.
HASHIM ketika meninjau proses mengundi di SK Rakyat Jalan Haji Bolhassan di Kuching, pada Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia