Utusan Borneo (Sabah)

Talib, Dr Rundi kekalkan kerusi Jepak, Kemena

-

BINTULU: Calon Barisan Nasional ( BN) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Talib Zulpilip mendapat 6,342 undi menang majoriti 4,201 undi sekali gus mengekalka­n kerusi DUN Jepak untuk penggal kelima.

Empat seterunya terdiri daripada Abdul Jalil Bujang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 2,141 undi, Kiprawi Aman daripada Parti Islam Se- Malaysia ( PAS) mendapat 406 undi, Mohammed Anuar Hamid daripada Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) mendapat 136 undi dan Wong Hao Ming (Bebas) 190 undi.

Kemenangan Talib diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepa Forkanizam Dolhadi pada jam 10 malam selepas pengiraan di Pusat Penjumlaha­n Undi Dewan Suarah Bintulu, Sabtu malam.

Jumlah pengundi DUN Jepak ialah 13,789 dan peratus keluar mengundi 67.9 peratus. Jumlah undi diterima 9,215, kertas undi keluar 9,369, undi ditolak 140 dan tidak dikembalik­an 14 undi.

Manakala DUN Kemena penyandang­nya, Datuk Dr Stephen Rundi Utom mendapat 7,192 undi dengan menang majoriti 4,868 undi menewaskan Leighton Manjah daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mendapat 2,324 undi.

Jumlah pengundi Kemena ialah 12,991 dan kertas undi diterima berjumlah 9,516, kertas undi keluar 9,694, undi ditolak (175) dan undi tak kembali (3).

Dr Rundi merupakan menyandang kerusi DUN Kemena selama tiga penggal.

Pertanding­an tiga penjuru N68 Tanjong Batu pula menyaksika­n calon BN Datuk Pau Chiong Ung mendapat 5,436 undi tewas kepada Chiew Chiu Sing (DAP) yang mendapat 7,984 undi dengan majoriti 2,548 undi dan Chieng Lea Phing (STAR) mendapat 89 undi.

Peratus keluar mengundi 69.2 peratus, undi ditolak (96) dan undi tidak kembali (14).

Jumlah pengundi DUN Tanjong Batu ialah 19,674 orang. Chiew merupakan penyandang kerusi Kidurong selama tiga penggal kini kerusi itu dinamakan Tanjong Batu setelah persempada­nan semula kawasan DUN Sarawak.

Kerusi baharu N70 Samalaju menyaksika­n Majang Renggi (BN) daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang 5,456 undi dengan majoriti 2,464 undi menewaskan Baba Emperan (DAP) mendapat 2,992 undi dan Zharudin Narudin (PAS) mendapat 447 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi 8,895 dan undi ditolak 120.

 ??  ?? PENYOKONG Talib diketuai Timbalan Ketua PBB Jepak Saidi Abang Samsuddin dan Ketua Wanita PBB Jepak Hamdiah Ahmad (tengah) serta isteri Talib Datin Zalihan Abdullah meraikan kemenangan Talib di Dewan Suarah Bintulu, Sabtu malam.
PENYOKONG Talib diketuai Timbalan Ketua PBB Jepak Saidi Abang Samsuddin dan Ketua Wanita PBB Jepak Hamdiah Ahmad (tengah) serta isteri Talib Datin Zalihan Abdullah meraikan kemenangan Talib di Dewan Suarah Bintulu, Sabtu malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia