Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan Fazzrudin membuktika­n pilihan Adenan adalah tepat

-

KUCHING: Kemenangan calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman membuktika­n pilihan Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan Satem adalah tepat.

Fazzrudin menewaskan lawannya dalam pertembung­an satu lawan satu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Nurhanim Hanna Mokhsen dengan majoriti 8,055.

Beliau yang ditemui selepas pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) bagi DUN Tupong di Dewan AlMuneerah Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Petra Jaya malam tadi berkata, kemenangan itu adalah kemenangan bersama atas usaha keras semua pihak daripada peringkat akar umbi.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaa­n terima kasih kepada pengundi- pengundi yang telah memberi kepercayaa­n kepada saya dan jenterajen­tera yang telah bekerja keras memastikan kemenangan bersama ini.

“Saya turut tidak melupakan setiap doa dan kata dorongan daripada Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, bekas Adun Tupong Datuk Daud Abdul Rahman dan seluruh ahli jawatankua­sa ( AJK) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan yang juga telah banyak membantu dalam memastikan kemenangan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berikrar akan meneruskan pembanguna­n yang telah dibawa oleh Daud sebelum ini selain berjanji akan melaksanak­an tugas dengan komitmen tinggi.

Katanya beliau sudah mengatur rencana misi dan visi selepas mendapat mandat besar tersebut khususnya berhubung kebajikan dan kemajuan yang didamba rakyat Tupong khasnya.

 ??  ?? FAZZRUDIN (tengah) merakam kenangan bersama seisi keluarga yang turut hadir pada pengumuman rasmi keputusan PRN11 di Kuching, Sabtu malam.
FAZZRUDIN (tengah) merakam kenangan bersama seisi keluarga yang turut hadir pada pengumuman rasmi keputusan PRN11 di Kuching, Sabtu malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia