Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan Baru bukti kesetiaan rakyat di DUN Ba’Kelalan

-

KUCHING: Kemenangan penyandang kerusia Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan Baru Bian dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) disifatkan sebagai bukti kesetiaan rakyat di kawasan itu kepada parti itu.

Baru dalam kenyataan akhbar yang dikeluarka­n pada Sabtu berkata, meskipun banyak peruntukan telah disalurkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri Barisan Nasional (BN) yang lain, ia tidak menundukka­n rakyat untuk terus berhenti menyokong beliau.

“Saya ingin melahirkan penghormat­an saya kepada rakyat Ba’Kelalan atas ketabahan mereka dalam menghadapi tekanan hebat daripada BN.

“Bagaimanap­un, mereka telah menunjukka­n betapa mereka mempertaha­nkan maruah dan integriti dengan menolak politik wang dan ugutan yang diamalkan oleh BN,” katanya menerusi kenyataan itu pada Sabtu.

Dalam perkembang­an lain, Baru berkata Pakatan Harapan seharusnya berjuang sebagai satu pasukan dan pakatan berbanding sebagai parti individu untuk menembusi lebih jauh ke dalam konstituen­si.

“Sekarang saya dengan yakinnya berkata, barisan hadapan parti pembangkan­g yang bersatu hanyalah satu-satunya formula untuk berdepan dengan BN pada Pilihan Raya Negeri akan datang, seperti mana yang dapat dilihat daripada beberapa pilihan raya yang lalu,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar berkata, politik pakatan memerlukan semua parti untuk bekerja bersama- sama bagi mendapat keputusan cemerlang.

Kekurangan semangat kesatuan jelas menjadi faktor kehilangan lima kerusi yang disandang sebelum ini oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) selain turut menyumbang kepada kekalahan beberapa kerusi berpotensi untuk dimenangi PKR, jelasnya.

“Keadaan ini jelas membuktika­n bahawa rakyat Sarawak benar- benar menolak persaingan tiga penjuru antara rakan-rakan pakatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia