Utusan Borneo (Sabah)

Dr Abdul Rahman catat undi majoriti tertinggi

-

KUCHING: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) terus mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dengan meraih majoriti undi tertinggi pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada Sabtu.

Beliau meraih majoriti 9,260 dengan undi diperolehi sebanyak 10,918 undi sekali gus menyaksika­n Team Adenan daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempertaha­nkan rekod cemerlang dalam majoriti undi.

Pada PRN lalu, Dr Abdul Rahman memperoleh­i majoriti 5,071 undi dengan undi diperolehi sebanyak 7,425.

Manakala majoriti kedua, ketiga dan keempat tertinggi turut daripada BN- PBB iaitu Datuk Idris Buang (DUN Muara Tuang) dengan majoriti 8,578 undi diikuti Fazzrudin Abdul Rahman ( DUN Tupong) dengan majoriti 8,055 undi dan DUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dengan majoriti 7,760 uni.

Dua lagi kawasan DUN yang mencatat majoriti tinggi turut daripada calon BN-PBB iaitu Dr Hazland Abang Hipni di DUN Demak Laut dengan majoriti 7,382 dan Datuk Seri Mohd Ali Mahmud di DUN Stakan dengan majoriti 7,042 undi.

Sementara itu, majoriti paling rendah dicatat di kerusi DUN Ngemah dengan 154 undi yang menyaksika­n calon BN-PRS Alexander Vincent menang tipis dengan undi diperolehi sebanyak 2,888.

Selain DUN Ngemah, kerusi DUN Telang Usan turut mencatat majoriti rendah iaitu 167, yang mana calon BN-PBB Dennis Ngau menang setelah meraih undi sebanyak 3,231 berbanding calon PKR Roland Engan (3,064 undi).

Dennis yang merupakan penyandang kerusi tersebut pada PRN lalu memperoleh­i undi sebanyak 3,597 dengan majoriti 845.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia