Utusan Borneo (Sabah)

Digi lancar program DigiWED

Memperkasa pendidikan digital dalam kalangan wanita

- Oleh SADDAM EDRIS

TUARAN:Digi Telecommun­ication Sdn Bhd melalui inisiatif Digi Empower Societies melancarka­n program Digi Wanita Era Digital (DigiWED) buat pertama kalinya di Sabah dan Sarawak bagi memperkasa pendidikan digital khususnya kemahiran asas internet dalam kalangan wanita, kelmarin.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Suria Datuk Hajjah Raya Erom berkata usaha berkenaan amat dialu-alukan bagi memberi galakan agar lebih ramai wanita mahir menggunaka­n kemudahan digital dalam kehidupan seharian.

“Walaupun lebih ramai wanita kini memainkan peranan kritikal dalam masyarakat, masih ada antara mereka yang belum tahu atau mahir dalam menggunaka­n internet.

“Justeru, kami amat mengalu- alukan inisiatif seperti ini dalam membantu memperkasa wanita khususnya di Sabah agar mereka lebih mahir dalam bidang digital seterusnya memberi sumbangan kepada pertumbuha­n negara,” katanya ketika merasmikan Porgram Digi Wanita Era Digital (DigiWED), di sini kelmarin.

Tambahnya, golongan itu haruslah merebut peluang sedemikian bagi melengkapk­an diri dengan kemahiran digital dan secara langsung mengetahui manfaat penggunaan internet dalam kehidupan arus digital kini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Digi Eugene Teh berkata dianggarka­n 6 juta daripada 48.5 peratus penduduk Malaysia khususnya kaum wanita masih belum menggunaka­n capaian akses internet.

Sehubungan itu katanya, Digi cuba membuat perubahan bagi mengatasi jurang digital dalam kalangan wanita agar mereka mampu menggunaka­n teknologi itu setanding dengan kaum lelaki dalam membangunk­an sosial dan ekonomi.

“Adalah menjadi harapan kami agar pelancaran ini memberi inspirasi kepada semua wanita di Sabah dan Sarawak untuk mengambil kesempatan atas kemudahan yang ada pada perkhidmat­an internet.

“Ia juga membimbing golongan sasar mengenai kaedah penggunaan asas dan cara selamat peranti pintar untuk tujuan komunikasi, berkongsi maklumat dan juga mendedahka­n mereka mengenai perniagaan dalam talian (internet),” jelasnya.

Selain itu, Eugene berkata Digi juga mengalualu­kan orang ramai untuk menyebarlu­as program berkenaan dalam kalangan kumpulan masyarakat di setiap negeri.

Pihaknya sentiasa bersedia meneruskan penganjura­n program berkenaan sekiranya menerima sebarang jemputan dari golongan sasar ataupun kumpulan masyarakat yang berminat.

“Kami amat berbesar hati sekiranya ada kumpulan masyarakat lain yang mahu mengikuti program ini bagi menerokai kelebihan menggunaka­n internet yang ada pada era digital kini.

“Mereka (peserta) juga berpeluang berkongsi sumber pendapatan seperti penjualan produk dengan rakan lain atau syarikat pemasaran yang bekerjasam­a dengan kami melalui kumpulan akaun sosial Facebook yang telah kami tubuhkan,” katanya.

Terdahulu, program DigiWED adalah anjuran bersama antara Digi, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM), dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan­Pertubuhan Wanita (NCWO).

Sebarang maklumat lanjut mengenai program DigiWED bolehlah melayari laman web di www.digi.com. my/wanita.

 ??  ?? RAYA (tiga kiri) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur pada majlis berkenaan.
RAYA (tiga kiri) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur pada majlis berkenaan.
 ??  ?? RAYA (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Eugene (dua kiri) dan para jemputan lain selepas merasmikan program berkenaan.
RAYA (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Eugene (dua kiri) dan para jemputan lain selepas merasmikan program berkenaan.
 ?? -Gambar oleh KINSLEY PAUL SMITH ?? KAKITANGAN Digi menyerahka­n risalah mengenai program berkenaan kepada para peserta yang hadir.
-Gambar oleh KINSLEY PAUL SMITH KAKITANGAN Digi menyerahka­n risalah mengenai program berkenaan kepada para peserta yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia