Utusan Borneo (Sabah)

Tanjung Offshore pelbagaika­n perniagaan bagi tingkat keuntungan

-

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmat­an minyak dan gas, Tanjung Offshore Bhd (TOB), merancang untuk menceburi medan minyak huluan di negara Asia Tenggara yang lain dan Australia sebagai langkah mempelbaga­ikan perniagaan berbanding hanya bergantung kepada Petronas dan Malaysia.

TOB juga akan meneruskan lebih banyak projek hiliran dan perkhidmat­an sokongan dalam projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas, menurut sumber industri hari ini.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi TOB untuk mempelbaga­ikan perniagaan berkaitan minyak dan gas bagi meluaskan portfolion­ya dan meningkatk­an keuntungan, katanya.

Seperti kebanyakan peserta sektor minyak dan gas yang lain, kelembapan dalam sektor tersebut pada masa ini telah memberi kesan kepada TOB yang menyebabka­n projek berkuranga­n berikutan persaingan lebih tinggi, yang mana sumber berkata telah mengurangk­an margin dan memberi tekanan kepada keuntungan.

Ini lebih-lebih lagi terutamany­a sejak TOB dilihat oleh pasaran sebagai penyedia perkhidmat­an minyak, yang kurang menguntung­kan berbanding peserta sektor minyak dan gas utama.

Ini telah mendorong syarikat itu untuk mengambil langkah menangani isu disebabkan oleh kelembapan dalam perniagaan minyak dan gas.

Bagi tujuan itu, katanya TOB mewujudkan lebih banyak segmen perniagaan minyak dan gas yang menguntung­kan.

Ia juga beralih daripada kebergantu­ngan kepada kontrak luar pesisir dan penyelengg­araan yang besar berikutan ini memerlukan jumlah pekerja yang besar dan pelaburan dalam kemudahan.

Sektor ini mempunyai skop yang terhad apabila Petronas mengurangk­an perbelanja­an dan jumlah kontrak berikutan penurunan mendadak harga petroleum dan kesan kepada industri itu di peringkat global, katanya.

TOB akan meneruskan lebih banyak projek hiliran dan perkhidmat­an sokongan dalam projek RAPID Petronas yang bernilai berbilion ringgit itu, katanya.

Syarikat akan menambah barisan perniagaan bukan minyak dan gas yang baharu seperti menambah perkhidmat­an luar pesisir dengan segmen perniagaan baharu yang akan memberi kekuatan kepada saham TOB dan menarik pelabur baharu.

Sumber itu berkata bidang perniagaan baharu yang diterokai TOB adalah pembinaan, pembanguna­n dan penyelengg­araan bangunan.

Ini sinergi dengan aset TOB dalam tangan seperti kemudahan fabrikasi di Johor, penyelengg­araan lot kilang di Kemaman dan bangunan pejabat komersial lapan tingkat di Birmingham.

“Disebabkan tumpuan baharu ini ke atas perniagaan bukan minyak dan gas, langkah penjenamaa­n semula TOB dijangka berlaku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia