Utusan Borneo (Sabah)

Bursa dijangka melantun susulan lebihan jualan

FBM KLCI dijangkaka­n melantun antara 1,650 dan 1,660

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka melalui lantunan semula susulan lebihan jualan minggu ini meskipun dibelenggu faktor-faktor luaran.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangkaka­n melantun antara 1,650 dan 1,660 susulan pembetulan menaik selepas merekodkan aliran menurun sejak tiga minggu lepas.

“Bursa- bursa serantau serta Indeks MSCI AC Asia Pasifik juga susut hampir tiga minggu, yang juga merupakan antara punca mengapa pasaran tempatan rendah,” katanya kepada Bernama.

Nazri Khan berkata faktor luaran termasuk data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kurang bermaya dalam sektor pekerjaan swasta ADP. Laporan itu menunjukka­n jumlah pekerjaan swasta berkuranga­n pada April dengan syarikat menawarkan hanya 156,000 pekerjaan.

Pada Mac, semakan ADP mendapati jumlah pekerjaan swasta merosot 6,000 kepada 194,000.

Sementara itu, di China, Indeks Pengurus Pembelian Perkilanga­n ( IHP) Caixin susut kepada 49.4 pada April berbanding 49.7 pada Mac.

“Ahli ekonomi juga membuat spekulasi mengenai kemungkina­n Rizab Persekutua­n AS akan menaikkan kadar faedah pada Jun, sekali gus memperakui bahawa konsolidas­i pasaran merupakan perkara biasa pada Mei,” kata Nazri kepada Bernama.

Minggu lepas, sesi dagangan empat hari memperli- hatkan dagangan turun naik, dengan indeks petunjuk pasaran susut 23.36 mata kepada 1,649.36 berbanding 1,672.72 minggu sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad.

Mengikut perbanding­an mingguan, Indeks BM Emas merosot 122.69 mata kepada 11,515.33, Indeks FBMT100 susut 126.21 mata kepada 11,207.98, Indeks FBM Emas Shariah turun 152.44 mata kepada 12,056.55 manakala FBM 70 susut 29.57 mata kepada 12,941.09.

FBM Ace bagaimanap­un meningkat 53.12 mata kepada 5,670.21.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 102.67 mata kepada 14,484.36, Indeks Perladanga­n turun 159.43 mata kepada 7,551.42 manakala Indeks Perusahaan susut 37.37 mata kepada 3,136.73.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 6.36 bilion unit bernilai RM7.31 bilion berbanding 9.77 bilion unit bernilai RM10.24 bilion Jumaat lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 4.31 bilion unit bernilai RM6.9 bilion berbanding 7.20 bilion saham bernilai RM9.79 bilion.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 656.79 juta unit bernilai RM92.20 juta berbanding 1.01 bilion unit bernilai pada RM130.58 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 1.38 bilion saham bernilai RM256.26 juta berbanding 1.54 bilion saham bernilai RM324.49 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia