Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan MSM dijangka didagangka­n bercampur-campur

-

KUALA LUMPUR: Pasaran hadapan minyak sawit mentah ( MSM) dijangka didagangka­n bercampur-campur minggu ini pada harga antara RM2,550 dan RM2,600 setan, kata seorang peniaga.

Pedagang Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pedagang terus berhatihat­i menjelang penyiaran laporan rasmi komoditi itu oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia minggu ini.

“Perbincang­an dalam pasaran berkisar mengenai unjuran pengeluara­n MSM April yang lebih tinggi berbanding Mac,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata data itu akan memberikan arah tuju jelas untuk pedagang.

Teh berkata ringgit yang dijangka meneruskan aliran harga menurunnya berbanding dolar AS minggu ini, akan memberi sentimen belian yang positif kepada pedagang asing, sekali gus akan mengurangk­an inventori.

“Lebih ramai pedagang asing dijangkaka­n memasuki pasaran kita minggu depan ( minggu ini),” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, MSM masih didagangka­n tinggi ekoran penyusutan nilai ringgit.

Kontrak Mei 2016 meningkat RM68 kepada RM2,640 setan, Jun 2016 meningkat RM44 kepada RM2,637 setan, Julai 2016 menokok RM35 kepada RM2,628 setan manakala Ogos 2016 meningkat RM23 kepada RM2,605 setan.

Jumlah dagangan merosot kepada 234,724 lot berbanding 265,786 lot Jumaat lepas manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 323,495 kontrak berbanding 307,609 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, April ke selatan meningkat RM40 kepada RM2,640 setan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia