Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan KLCI didagangka­n tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangka­n lebih tinggi minggu ini.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata ini selari dengan unjuran pembetulan menaik kepada aliran menurun dalam pasaran tunai.

“Belian saham berharga rendah akan berlaku dalam pasaran semasa pasaran rendah, dengan pelabur mem- beli disebabkan pasaran lebih murah,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran hadapan tidak menentu disebabkan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, selain data ekonomi dunia yang lemah, sebahagian besarnya dari AS dan China.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad.

Berdasarka­n asas mingguan, bulan kontrak baharu, Mei 2016 susut 21.50 mata kepada 1,641.00, Jun turun 20.50 mata kepada 1,637.00, September 2016 susut 18.50 mata kepada 1,628.00 manakala Disember 2016 pada 1,619.00.

Jumlah dagangan bagi minggu lepas merosot kepada 39,286 lot berbanding 106,101 lot minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 42,874 kontrak berbanding 68,589 kontrak sebelumnya.

Penanda aras FBM KLCI ditutup pada 1,649.36, meningkat 4.27 mata berbanding 1,672.72 pada Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia