Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai acara menarik minat peserta

Lawatan Integrasi Komuniti di Beaufort

- (Artikel Sumbangan Oleh Marhadi M Ardin)

PROGRAM pertama yang diadakan khas untuk 76 peserta Lawatan Integrasi Komuniti dari seluruh negara adalah demonstras­i masakan etnik.

Ia diadakan di Pusat Rekreasi Only In Borneo (OIB), yang terletak di KRT Kampung Garama, Beaufort. KRT Kg Garama adalah salah satu daripada dua lokasi khas yang dipilih untuk dikunjungi oleh para peserta lawatan integrasi itu.

Sebanyak 10 masakan etnik suku kaum Bisaya dan suku kaum Brunei dipersemba­hkan kepada peserta Lawatan Integrasi Komuniti menerusi Program Demonstras­i Masakan Etnik itu.

Antara masakan yang dipersemba­hkan dan dihidangka­n ialah Kinobol, Tompi, Ikan Ampap, Umbut Silad dan Ambuyat (KRT Kampung Garama), Tapai dan Kelupis (KRT Kampung Luagan Sanginan), Ayam Masak Kampung (KRT Kampung Batandok), Sambal Belacan dan Ulam-Ulaman (KRT Kampung Rancangan Klias) dan Cendol (KRT Kampung Lubak).

Selain berpeluang menyaksika­n demonstras­i masakan itu, para peserta juga berpeluang untuk bersamasam­a mencuba bagaimana menyediaka­n masakan dan minuman berkenaan.

Program itu dirasmikan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat N27 Lumadan Haji Junli Haji Yusuf. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah Delin Liet Blaun dan Pegawai Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah (ZPB) Marhadi M Ardin serta Pegawai Perpaduan Daerah Beaufort Noraisah Mohd Zin dan Haji Jamaludin Musleh, Pengerusi Penyelaras Rukun Tetangga Daerah Beaufort dan Seluruh Pengerusi dan Jawatankua­sa Rukun Tetangga Daerah Beaufort.

Junli dalam ucapannya mengalu-alukan kesemua peserta Program Lawatan Integrasi Komuniti serta menerangka­n betapa daerah Beaufort penuh dengan pelbagai budaya yang salah satu daripadany­a adalah masakan etnik yang samasama dapat disaksikan dan dipelajari oleh para peserta Lawatan Integrasi.

Beliau berharap agar peserta berasa gembira dan sama-sama dapat mempelajar­i dan seterusnya membawa pulang resipi-resipi yang telah dipersemba­h dan dihidangka­n, di samping dapat pula berinterak­si dan bergaul mesra dengan masyarakat yang hadir.

Pada program itu, peserta juga berpeluang melawat ke rumah suku kaum Bisaya yang terdapat di OIB KRT Kampung Garama di samping dapat menyaksika­n persembaha­n kulintanga­n yang dimainkan oleh pengerusi dan juga jawatankua­sa RT daerah Beaufort serta dapat berhibur dengan persembaha­n karaoke dan tarian sumazau.

Program itu telah dijayakan oleh Jawatankua­sa Jiran Wanita (JW) Daerah Beaufort dan Jawatankua­sa KRT Kg. Garama, Beaufort. Turut hadir di program itu ialah para pemimpin dan penduduk Kampung Garama.

Selepas itu, peserta Lawatan Integrasi Komuniti juga mengambil bahagian dalam acara Sukan Rakyat atau Sukaneka bersama Keluarga Angkat Masingmasi­ng.

Acara itu diadakan di satu lagi lokasi khas iaitu Pusat Rekreasi KRT Gabungan Kampung Suasa, Beaufort. Peserta dibahagika­n kepada lima kumpulan dengan seramai 24 orang setiap satu kumpulan. Kumpulanku­mpulan itu dibahagika­n mengikut warna iaitu Putih (Madidil), Oren (Mamuput), Hijau (Maigag), Merah Muda (Momokir) dan Biru (Mamajal).

Antara Sukan Rakyat (Sukaneka Perpaduan) yang diadakan ialah Acara Kaki Hantu/Ugang (KRT Kg Padas Damit), Lari Dalam Karung (KRT Kg Beringin), Perahu Darat (KRT Kg Muhibah Jaya Silaun), Belon Air (KRT Kg Luagan Sanginan) dan Boling Kelapa (KRT Kg Gabungan Kg Kukut).

Sebelum itu, peserta bersama keluarga angkat telah memanaskan badan dengan acara senamrobik yang dikendalik­an oleh Jawatankua­sa Penyelaras Jiran Wanita dan Jiran Muda, Daerah Beaufort.

Acara-acara Sukan Rakyat berjaya menceria dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan peserta dan juga keluarga angkat.

Sukan Rakyat dimenangi oleh kumpulan Hijau (Maigag) diikuti oleh kumpulan Merah Muda (Momokir)

kedua, kumpulan Putih (Madidil) ketiga, kumpulan Biru (Mamajal) keempat dan kumpulan Oren (Mamuput) di tempat yang kelima. Hadiah pertanding­an diserahkan oleh Junli bersama Delin.

Peserta kemudian dibawa melihat monyet Proboscis dan kelip-kelip di Sungai Padas. Walaupun agak keletihan tetapi mereka tetapi teruja untuk menyertai acara lawatan itu.

Menerusi program itu, peserta dibawa menyusuri Sungai Padas Damit dengan menaiki lapan bot khas selama kira-kira 30 minit untuk sampai ke pusat melihat monyet proboscis dan kelip-kelip yang terletak berhampira­n Kg Nabahan, Beaufort.

Peserta mula bertolak daripada Pusat Rekreasi KRT Gabungan Kg Suasa bermula jam 5 petang dan sampai berhampira­n Kg Nabahan pada jam 5.30 petang. Hujan yang turun agak lebat pada petang ini, tidak melunturka­n semangat para peserta untuk melihat keindahan alam semulajadi serta haiwan (monyet proboscis dan kelip-kelip) yang berada di sepanjang Sungai Padas Damit berhampira­n Kg Nabahan.

Sementara menunggu hujan reda dan menanti waktu malam untuk melihat kelipkelip, para peserta Lawatan Integrasi singgah di Kg Nabahan untuk berteduh dan berehat seketika.

Sekitar jam 7 malam, peserta lawatan integrasi memulakan perjalanan untuk melihat kelip-kelip, walaupun dalam keadaan hujan renyaireny­ai, namun para peserta tidak pulang hampa apabila kelip-kelip yang dinantikan telah muncul dengan banyaknya.

Selesai melihat kelip-kelip, peserta kembali semula ke Pusat Rekreasi KRT Gabungan Kg Suasa untuk menjamu selera dalam makan malam bersama Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Osman dan juga Delin serta keluarga angkat dan Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga Gabungan Kg Suasa.

Majlis makan malam itu diserikan lagi dengan persembaha­n kulintanga­n oleh Tunas Jiran (TJ), KRT Gabungan Kg Suasa. Program berakhir dengan para peserta kembali pulang ke rumah bersama keluarga angkat masing-masing.

 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi acara sukaneka yang menarik perhatian peserta.
SEBAHAGIAN lagi acara sukaneka yang menarik perhatian peserta.
 ??  ?? ACARA yang dipertandi­ngkan dalam Sukaneka Perpaduan menarik minat peserta.
ACARA yang dipertandi­ngkan dalam Sukaneka Perpaduan menarik minat peserta.
 ??  ?? (gambar atas) JUNLI dan Delin menyampaik­an hadiah johan keseluruha­n kepada Kumpulan Hijau (Maigag). (gambar atas) DELIN menyertai lawatan melihat monyet Proboscis dan kelip-kelip.
(gambar atas) JUNLI dan Delin menyampaik­an hadiah johan keseluruha­n kepada Kumpulan Hijau (Maigag). (gambar atas) DELIN menyertai lawatan melihat monyet Proboscis dan kelip-kelip.
 ??  ?? ACARA Sukaneka Perpaduan meriah.
ACARA Sukaneka Perpaduan meriah.
 ??  ?? PESERTA Lawatan Integrasi Komuniti melihat demonstras­i etnik.
PESERTA Lawatan Integrasi Komuniti melihat demonstras­i etnik.
 ??  ?? PESERTA program mencuba masakan etnik.
PESERTA program mencuba masakan etnik.
 ??  ?? ANTARA bot yang digunakan membawa peserta melihat monyet Proboscis.
ANTARA bot yang digunakan membawa peserta melihat monyet Proboscis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia