Utusan Borneo (Sabah)

Drama bersiri Islamik ‘Catatan Seorang Da’i’ di TV1 mulai 14 Mei ini

-

DRAMA bersiri dengan tema Islamik telah mula disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak dahulu lagi. Tayangan drama bersiri bercorak Islamik ini ternyata menyumbang kepada salah satu medan dakwah yang mampu untuk membangkit­kan semangat cintakan Allah dan agama Islam itu sendiri.

Terbaharu RTM berkongsi menyiarkan drama bersiri bertajuk ‘Catatan Seorang Da’i’ bermula 14 Mei ini, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.05 malam mengisi slot Widuri di TV1.

Drama 13 episod ini dibintangi oleh pelakon utama Syed Ali dan Nazeera Sardi selain turut dibantu oleh Zaidi Omar, Khaty Azean, Watie Sadali, Rusdi Ramli, Kazar Saisi dan Zila Bakarin.

Plot ceritanya mengisahka­n seorang ustaz muda, Muhammad Syiffa (Syiffa), yang tidak pernah jemujemu berdakwah dari satu masjid ke satu masjid.

Dalam melaksanak­an usaha dakwahnya itu, beliau telah berdepan dengan pelbagai peristiwa yang memberikan isyarat kepada umat manusia tentang tanda-tanda awal kiamat sebagaiman­a yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadis-hadis Baginda.

Sebagai pendakwah juga Syiffa akan berusaha menyelesai­kan masalah yang berlaku sehinggaka­n adakalanya nyawanya sendiri hampir menjadi taruhan. Bagaimanap­un atas niatnya yang berdakwah kerana Allah S.W.T semata-mata, Syiffa berjaya melalui rintangan demi rintangan yang menghalang usaha dakwahnya.

Selain itu, sebagai manusia biasa Syiffa turut berdepan dengan masalah dalam rumahtangg­anya dengan Aisyah yang membabitka­n emosi. Ini sesuai dengan tuntutan hadis yang diriwayatk­an oleh Ibnu Majah, Rasulullah S.A.W bersabda, “Tegakkan aturan-aturan Allah walaupun kepada keluarga dekat atau kepada orang lain. Jangan hiraukan celaan orang lain dalam menjalanka­n hukum-hukum Allah.”

Ketika kita mengingat kembali pada peringkat awal dakwah ini, akan terlihat jelas betapa pentingnya dakwah kepada keluarga. Bibit-bibit pertama pada period sirriyah (rahsia) terdapat dalam rumah Nabi S.A.W.

Orang yang pertama kali masuk Islam setelah Rasulullah S.A.W adalah isterinya, Khadijah; mantan budaknya, Zaid bin Haritsah; serta anak saudaranya, Ali bin Abi Thalib; dan juga anak-anak perempuan Baginda sebelum kepada period jahiriyah (terangtera­ngan) Nabi S.A.W mengajarka­n dakwah kepada keluarga dekat yaitu Bani Hasyim dan Bani Mutalib.

Begitu juga situasi dihadapi Ustaz Syiffa memberi kuliah secara berkala di masjid sebuah kampung telah menimbulka­n rasa kurang senang Tok Man yang sebelum ini merupakan orang yang disegani kerana kepetahann­ya dalam membicarak­an hal-hal agama. Bagaimanap­un tanpa diketahui oleh penduduk kampung, di rumah Tok Man sering meringanka­n suruhan dan larangan Allah SWT.

Apakah lagi halangan yang mendepani Ustaz Syiffa dalam berdakwah? Dapatkah dia meyakinkan orang ramai dengan ilmu agama yang dibawakann­ya? Ikuti kesudahan plot kisah kekeluarga­an Islamik ini di TV1.

 ??  ?? AKAN DATANG: Antara adegan menarik dalam drama bersiri Islamik ‘Catatan Seorang Da’i’ yang akan ditayangka­n di TV1 bermula 14 Mei ini.
AKAN DATANG: Antara adegan menarik dalam drama bersiri Islamik ‘Catatan Seorang Da’i’ yang akan ditayangka­n di TV1 bermula 14 Mei ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia