Utusan Borneo (Sabah)

'Ada Apa Dengan Cinta 2' raih kutipan RM2.5 juta

-

F ILEM Indonesia, ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’ (AADC2) berjaya meraih kira-kira RM2.5 juta walaupun hanya selepas tujuh hari ia ditayangka­n. Filem edaran Primeworks Distributi­on itu dijangka terus mencatat rekod kutipan lebih tinggi berikutan peningkata­n jualan tiket setiap hari di Malaysia dan Indonesia. Karya arahan Riri Riza itu sememangny­a menjadi salah satu filem yang ditunggu-tunggu para peminat setianya walaupun selepas 14 tahun ‘Ada Apa Dengan Cinta’ (AADC) arahan Rudy Soedjarwo ditayangka­n. Kalau dalam AADC yang ditayangka­n pada tahun 2002 mengisahka­n tentang cinta remaja, AADC2 menceritak­an tentang kesinambun­gan kisah percintaan Rangga dan Cinta selepas mereka berdua terpaksa berpisah berikutan Rangga mengikut keluargany­a berhijrah ke luar negara. Selepas sembilan tahun terpisah, kedua-dua mereka akhirnya berpeluang untuk kembali bertemu selepas Rangga pulang semula ke Jakarta bagi meminta maaf kepada Cinta kerana memutuskan hubungan mereka tanpa alasan yang kukuh. Namun, membuatkan perkara semakin kalut di antara mereka adalah Cinta baharu sahaja menerima lamaran lelaki lain. AADC2 dibintangi oleh Dian Sastroward­oyo, Nicholas Sapu- tra, Titi Kamal, Ladya Cherill, Sissy Priscillia, Adinia Wirasti, Dennis Adhiswara dan Mang Diman.

Filem ‘Apa Ada Dengan Cinta 2’ ditayangka­n secara serentak di tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Filem ini memilih lokasi penggambar­an di tiga lokasi utama iaitu Jakarta, Brooklyn, New York dan Yogjakarta yang sebelum ini begitu jarang diketengah­kan dalam filem besar Indonesia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia