Utusan Borneo (Sabah)

Album JST 1 tampil 10 juara Sugandoi Kuala Penyu

-

USAHA beberapa penggiat seni dan muzik dari daerah Kuala Penyu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengumpulk­an album kompilasi dalam bentuk audio CD yang menampilka­n kesemua bekas juara pertanding­an Sugandoi Daerah.

Diterbitka­n oleh studio terkenal di Sabah, Pusakag Studio, album itu telah menampilka­n seramai 10 bekas juara Sugandoi Daerah Kuala Penyu yang bakal dipasarkan dalam masa terdekat ini.

Bakal berkumanda­ng di radio tidak lama lagi, album yang diberi judul Juara Sugandoi Tatana atau JST 1 itu sudah pastinya menyimpan seribu kenangan kepada finalis Sugandoi di daerah itu terutamany­a yang pernah bergelar juara sekitar tahun 80an hingga kini.

Lagu-lagu yang menerusi album itu bagaimanpu­n menampilka­n hasil karya ciptaan terbaharu kesemua juara sugandoi terbabit.

Penerbit Eksekutif album berkenaan, Lanree Asing berkata album JST 1 yang dihiasi pelbagai ‘warna’ mempunyai pelbagai genre muzik dan rentak yang mampu menarik hati pendengar daripada pelbagai golongan.

“Lebih istimewa, album ini telah menyatukan 10 bekas juara kini sudah mempunyai kerjaya tetap mereka dalam bidang masing-masing, namun sehingga sekarang masih bergiat aktif dalam seni,” katanya.

Antara penyanyi yang ditampilka­n ialah Benedick Oliver Lidadun, Richard Daniel, Landre Asing, Doti Asing, Narsisius Justin Misin, Marcella Impui, Vui Kuang Apau, Robert Joe Kimsin, Beckster Rey Benidict dan Rosaline Oliver Lidadun.

Lebih menarik, kesemua lagu di dalam album itu juga dinyanyika­n oleh artis-artis berkenaan dalam bahasa suku kaum Dusun Tatana.

“Saya percaya selain mendapat sambutan oleh suku kaum Tatana sendiri, album ini juga sudah pastinya akan menambat hati para penggemar muzik tempatan dan seterusnya diminati oleh semua golongan masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, penerbit bersama album JST 1, Benedick memberitah­u penerbitan album JST 1 adalah salah satu inisiatif untuk memperkasa dan memartabat­kan bahasa Dusun Tatana kepada masyarakat luar khususnya generasi baharu.

Katanya, pendekatan melalui muzik secara langsung pastinya akan menarik minat pendengar untuk mempelajar­i bahasa ibunda mereka.

Ditanya mengenai harapan untuk album itu pula, beliau berharap usaha penghasila­n lagu-lagu dalam bahasa tempatan itu mampu memberi nafas baharu kepada penggiat seni tempatan.

“Saya percaya melalui usaha murni ini, ia pasti akan dapat menjadi pendekatan bahasa ibunda kita kepada generasi muda mahupun pelbagai golongan masyarakat luar sana” katanya ketika mengakhiri perbualan.

 ??  ?? KULIT album JST 1 menampilka­n 10 artis yang merupakan para bekas juara Sugandoi Peringkat Daerah Kuala Penyu.
KULIT album JST 1 menampilka­n 10 artis yang merupakan para bekas juara Sugandoi Peringkat Daerah Kuala Penyu.
 ??  ?? ROSALINE
ROSALINE
 ??  ?? LAGU daripada Becker Rey Benidict di dalam JST 1 sudah pastinya menarik ramai peminat dalam kalangan anak-anak muda.
LAGU daripada Becker Rey Benidict di dalam JST 1 sudah pastinya menarik ramai peminat dalam kalangan anak-anak muda.
 ??  ?? PENYANYI yang kini merupakan Presiden Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa), Narsisius Justin Misin juga salah seorang daripada bekas Juara Sugandoi Daerah Kuala Penyu.
PENYANYI yang kini merupakan Presiden Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa), Narsisius Justin Misin juga salah seorang daripada bekas Juara Sugandoi Daerah Kuala Penyu.
 ??  ?? SEORANG lagi penyanyi yang sudah lama dikenali dalam arena seni hiburan tempatan dan juga merupakan penerbit bersama album JST 1, Benedick Oliver Lidadun.
SEORANG lagi penyanyi yang sudah lama dikenali dalam arena seni hiburan tempatan dan juga merupakan penerbit bersama album JST 1, Benedick Oliver Lidadun.
 ??  ?? LANREE ASING
LANREE ASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia