Utusan Borneo (Sabah)

BOT DISAHKAN KARAM

Berdasarka­n petunjuk bot ditemukan tersangkut pada jaring nelayan

-

KUDAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia( Maritim Malaysia) mengesahka­n bot dinaiki empat individu termasuk dua pelancong Sepanyol yang dilaporkan hilang semasa balik dari Pulau Balambanga­n lewat Isnin lalu, telah karam.

Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata ini berdasarka­n petunjuk bahawa bot itu telah ditemukan tersangkut pada jaring nelayan pada 10 pagi kelmarin dan pengesahan satu daripada enjin bot oleh adik pemilik bot itu.

“Bot dengan dua enjin itu didapati tersangkut pada jaring seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Amir di kira-kira 2.8 batu nautika di utara Tanjung Simpang Mengayau,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata berikutan maklumat itu, Maritim Malaysia menghantar aset ke lokasi berkenaan dan menemukan satu unit enjin jenama Yamaha 3 kuasa kuda manakala satu lagi enjin 30 kuasa kuda masih berada di dalam air kerana nelayan berkenaan tidak dapat mengangkat­nya kerana terlalu berat.

“Adik pemilik bot (Tommy Lam Wai Yin) iaitu Alen Lam telah mengesahka­n daripada diskripsi pada enjin dan tandatanda yang ada bahawa ia adalah enjin bot abangnya,” katanya.

Katanya unit penyelam daripada Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) dan Maritim Malaysia akan ke lokasi itu bagi mengangkat enjin berkenaan yang berada pada kedalaman antara 23 meter hingga 40 meter.

Sehubungan itu, Mohd Zubil berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini ditumpukan untuk mencari keempat-empat individu yang hilang itu.

Dalam insiden lewat petang Isnin lalu, empat individu yang dilaporkan hilang itu ialah suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik bot dan resort di Tanjung Simpang Mengayau, Tommy Lam Wai Yin, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23.

Mereka yang dalam perjalanan dari Pulau Balambanga­n sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada 8 malam hari sama. - Bernama

 ??  ?? ANAK kapal Maritim Malaysia, KM Memmon sedang meneropong sambil melakukan pengawasan dan tinjauan di sektor carian lokasi bot yang dinaiki empat individu yang dilaporkan hilang petang Isnin lepas dan dijumpai pihak nelayan pukul 10 pagi Ahad. Sebuah...
ANAK kapal Maritim Malaysia, KM Memmon sedang meneropong sambil melakukan pengawasan dan tinjauan di sektor carian lokasi bot yang dinaiki empat individu yang dilaporkan hilang petang Isnin lepas dan dijumpai pihak nelayan pukul 10 pagi Ahad. Sebuah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia