Utusan Borneo (Sabah)

Operasi cari empat individu hilang di perairan Kudat diteruskan

-

KUDAT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat individu berserta bot yang hilang di kawasan perairan Pulau Balambanga­n pada Isnin lepas, sudah merangkumi kawasan seluas kira-kira 2,700 batu nautika persegi.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata tumpuan carian ialah di dua sektor iaitu di Timur Laut Pulau Mengalum dan barat Kudat.

“Operasi SAR hari ini melibatkan tiga pesawat iaitu helikopter Dauphin milik Maritim Malaysia, Beachcraft dari TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan helikopter Super Lynx,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Katanya keseluruha­nnya lapan aset digunakan dalam operasi SAR itu, termasuk kapal KD Jerong dan KD Sr Johor dari Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM), Cenderawas­ih 10 milik Maritim Malaysia manakala Pasukan Polis Marin menggerakk­an aset RH 18 dan RH 49.

Mohd Zubil bagaimanap­un berkata pihaknya tidak menolak kemungkina­n meluaskan kawasan carian, namun ia bergantung kepada situasi semasa.

Dalam insiden lewat petang Isnin lalu, empat individu dilaporkan hilang bersama bot yang dinaiki mereka ketika dalam perjalanan dari Pulau Balambanga­n ke Kudat.

Mereka ialah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23.

Semua mangsa sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau, di sini pada jam 8 malam hari yang sama. - Bernama

 ??  ?? PENGARAH Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubli Mat Som menunjukka­n lokasi sebuah bot dinaiki empat individu termasuk sepasang suami isteri pelancong dari Sepanyol yang...
PENGARAH Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubli Mat Som menunjukka­n lokasi sebuah bot dinaiki empat individu termasuk sepasang suami isteri pelancong dari Sepanyol yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia