Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpu setinggan jadi sarang penagihan dadah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Polis menggiatka­n usaha dengan memberi tumpuan kepada kawasan rumah setinggan yang menjadi sarang penagihan dadah.

Dalam Ops Pendatang Tanpa Izin (PTI) Bersepadu Ibu Pejabat Polis daerah ( IPD) Kota Kinabalu, seramai 29 lelaki diperiksa atas kesalahan dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata daripada jumlah yang diperiksa itu, empat individu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Selain itu katanya, seramai 33 PTI termasuk empat yang terlibat kesalahan dadah ditahan dalam operasi awal pagi kelmarin.

“Operasi selama enam jam ini menahan mereka yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga 40 tahun.

“Sepanjang operasi bermula jam 1 hingga 7.15 pagi, seramai 62 individu diperiksa iaitu 45 warga Filipina termasuk 10 kanakkanak dan 17 lagi warga Indonesia.

“Ia melibatkan empat kawasan rumah setinggan dan kongsi di kawasan Kepayan dan Inanam,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Chandra berkata maklumat berkaitan kawasan setinggan terbabit diperolehi semasa Hari Bertemu Pelanggan yang dijalankan di kawasan Inanam.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu selepas proses dokumentas­i dan ujian saringan air kencing dijalankan di IPD Kota Kinabalu.

“Selain menumpukan kawasan setinggan yang dijadikan sarang penagihan dadah, kita juga memeriksa rumah- rumah setinggan baharu yang didirikan secara tidak sah.

“Operasi perobohan rumah oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan dilaksanak­an dalam tempoh terdekat selepas rumah-rumah yang dipercayai didiami oleh PTI ditandakan,” jelasnya.

Chandra berkata selain polis, operasi berkenaan turut mendapat kerjasama beberapa agensi antaranya, Sukarelawa­n Polis, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), DBKK dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

 ??  ?? SEBAHAGIAN PTI yang diperiksa dalam operasi itu.
SEBAHAGIAN PTI yang diperiksa dalam operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia