Utusan Borneo (Sabah)

Perhebat Ops buru pengedar dadah

Halang jumlah mangsa daripada terus meningkat

-

TAWAU: Pihak berkuasa perlu memperheba­tkan operasi memburu pengedar dadah sampai ke ‘lubang tikus’ untuk menghalang jumlah mangsa gejala itu daripada terus meningkat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abd Muis Picho berkata usaha pihak berkuasa menangkap pengedar dadah disifatkan sebagai amat penting.

“Pengedar-pengedar dadah ini tidak memikirkan nasib anak-anak bangsa kita yang menjadi penagih dadah semata-mata untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan penutupan Program Kem Pintar 2.0 Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tawau, di sini kelmarin.

Muis berkata modus operandi pengedar menyebarka­n pengaruh penyalahgu­naan dadah sehingga ke peringkat pelajar sekolah rendah begitu dikesali.

“Pasaran mereka luas kerana pengedar dadah tidak memikirkan kesan terhadap anak bangsa kita khususnya bumiputera Melayu yang terlibat di dalam penyalahgu­naan dadah.

“Kita khuatir terhadap ancaman gejala penyalahgu­naan dadah ini turut disebarkan kepada anak-anak kecil yang masih berada di bangku sekolah,” katanya.

Menurutnya, pendedahan program pendidikan kesedaran bahaya penyalahgu­naan dadah dari peringkat akar umbi termasuk pelajar sekolah perlu dijalankan secara berterusan.

Beliau berkata programpro­gram pendidikan yang memupuk sikap ‘benci dadah’ di peringkat pelajar sekolah rendah juga perlu diperhebat­kan dengan penglibata­n ibu bapa.

“Kita boleh libatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) untuk memupuk kesedaran ancaman penyalahgu­naan dadah kerana semua pihak mesti ‘ambil tahu’,” katanya.

Menyentuh program anjuran AADK Tawau pula, Muis memuji inisiatif terba- bit dan berharap program sedemikian dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Beliau turut menyokong usaha berkenaan yang disifatkan­nya program berimpak tinggi untuk meningkatk­an ilmu dan kesedaran pelajar terhadap bahaya penyalahgu­naan dadah.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 49 peserta Program Kem Pintar 2.0 AADK Daerah Tawau dari 5 hingga 8 Mei melibatkan lima sekolah rendah di Tawau merakamkan gambar bersama Muis dan tetamu kehormat yang lain.
SEBAHAGIAN daripada 49 peserta Program Kem Pintar 2.0 AADK Daerah Tawau dari 5 hingga 8 Mei melibatkan lima sekolah rendah di Tawau merakamkan gambar bersama Muis dan tetamu kehormat yang lain.
 ??  ?? MUIS menyerahka­n hadiah kepada peserta terbaik kategori pelajar perempuan Program Kem Pintar 2.0 AADK Daerah Tawau.
MUIS menyerahka­n hadiah kepada peserta terbaik kategori pelajar perempuan Program Kem Pintar 2.0 AADK Daerah Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia