Utusan Borneo (Sabah)

Kaamatan Upko tunjuk kepelbagai­an tradisi KDM

-

KOTA BELUD: Tadau Kaamatan Upko yang julung kali diadakan di sini sebagai tuan tumah pada tahun ini telah menunjukka­n kepelbagai­an tradisi masayaraka­t KDM di negeri ini.

Ketua Bahagian Upko Kota Belud yang juga Pengerusi Penganjur Tadau Kaamatan Upko 2016 Ewon Benedick mengucapka­n terima kasih kepada Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Pengalima Madius Tangau dan kepimpinan teringgi Upko kerana memberi mandat menjadi tuan rumah penganjura­n Kaamatan Upko 2016 kepada Kota Belud.

Beliau juga berterima kasih kepada pimpinan kerajaan yang memberi peluang kepadanya menjadi salah seorang setiausaha politik dalam Kerajaan Negeri Sabah dan sebagai Ahli Lembaga di Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia.

Beliau akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menter- jemahkan pelantikan­nya itu kepada perjuangan dan perhidmata­n yang dirasai oleh masyarakat.

“Saya berkongsi aspirasi dengan kepimpinan kerajaan dan dalam masa yang sama mengangkat aspirasi rakyat dalam semua kesempatan itu serta menyahut seruan kerajaan supaya sambutan Kaamatan bukan sahaja menjadi tradisi kebudayaan.

Tetapi menjadi titik asas bagaimana masyarakat kita dapat membudayak­an sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan harian, seperti yang dikatakan oleh Menteri Sains, Tekonlogi dan Inovasi yang juga Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Madius Tangau,” katanya.

Ewon berkata demikian kepada wartawan selepas pertanding­an Unduk Ngadau Tadau Kaamatan Upko, di sini baru-baru ini.

Tadau Kaamatan Upko 2016 peringkat negeri itu yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Belud, telah dirasmikan oleh Madius.

Selain rombongan kepimpinan tertinggi Upko negeri, turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli, Adun Kadamaian Jeremmy Malajad serta kakitangan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Ewon yang juga anak watan Kadamaian turut menghulurk­an penghargaa­n kepada semua ahli jawatankua­sa induk dan pelaksana termasukla­h urusetia dan ahli parti yang telah memberikan kerjsama terhebat.

Sementara itu, Polynica Pariseh dari Tenom dimahkotak­an sebagai Unduk Ngadau Tadau Kaamatan Upko 2016.

Tempat kedua dan ketiga masing- masing dimenangi oleh Fenney Domis dari Kota Kinabalu dan Meryhl Cyrella Cyrillim mewakili Putatan.

Majlis keramaian yang disambut oleh 17 daerah Upko di seluruh negeri itu bermula seawal pagi dan berakhir pada sebelah malam.

 ??  ?? UNDUK Ngadau Tadau Kaamatan Upko, Polynica Pariseh (tengahTeno­m) Fenney Domis (kiri KK) Meryl Cyrella Cyrillim (Putatan) bergambar bersama peserta yang lain.
UNDUK Ngadau Tadau Kaamatan Upko, Polynica Pariseh (tengahTeno­m) Fenney Domis (kiri KK) Meryl Cyrella Cyrillim (Putatan) bergambar bersama peserta yang lain.
 ??  ?? MADIUS (lima kanan) mengatampa­di rasmi Tadau Kaamatan Upko Negeri bersama yang lain dan diperhatik­an oleh Musbah (dua dari kiri).
MADIUS (lima kanan) mengatampa­di rasmi Tadau Kaamatan Upko Negeri bersama yang lain dan diperhatik­an oleh Musbah (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia