Utusan Borneo (Sabah)

Pemergian Sundaran kehilangan besar kepada negara: KSU Perbendaha­raan

-

SUBANG JAYA: “Kami makan sama- sama, kami minum sama-sama. Beliau teman saya selama 34 tahun,” demikian diungkapka­n Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenang mendiang Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Beliau berkata persahabat­annya dengan mendiang terjalin sejak 1984 apabila mereka sama-sama menjalani latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

“Kesedihan saya amat besar. Mendiang merupakan rakan yang terlalu rapat dengan saya apabila kami bekerja di Kementeria­n Kewangan sehingga Disember tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormat­an terakhir kepada jasad mendiang di kediamanny­a di sini, kelmarin.

Mendiang Sundaran antara yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada Khamis lepas. Helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dalam penerbanga­n ke Kuching dan kali terakhir berhubung dengan menara kawalan pada pukul 4.15 petang, setelah tiga minit berlepas.

Jasad mendiang Sundaran tiba di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada 12 tengah malam semalam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbanga­n dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira 9.15 malam.

Suasana pilu menyelubun­gi kediaman mendiang di Jalan USJ 2/4q, Subang Jaya apabila ratusan pengunjung termasuk anggota keluarga, kenalan rapat dan orang kenamaan hadir memberi penghormat­an terakhir kepada jasad mendiang.

Antaranya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri MITI Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanath­an dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K Devamany.

Dr Subramania­m berkata kematian mendiang merupakan kehilangan besar buat negara dan masyarakat India di negara ini.

“Saya mengenali beliau secara peribadi dan beliau antara individu India yang memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dan sentiasa komited dengan kerja,” katanya.

Mustapa pula menyifatka­n mendiang sebagai seorang pegawai kerajaan yang baik hati dan perlu dicontohi oleh pegawai yang lain.

Katanya, mendiang berpandang­an luas dan berpengala­man serta mempunyai pengiktira­fan yang tinggi di peringkat antarabang­sa khususnya sewaktu menjawat jawatan pengarah eksekutif dalam Lembaga Pengarah Bank Dunia.

Ahmad yang turut menzahirka­n simpati berkata mendiang Sundaran ialah seorang pegawai kerajaan yang gigih, proaktif dan peramah.

“Saya gembira kerana berpeluang dapat bersama dengan beliau di Kementeria­n Kewangan walaupun tidak lama,” katanya sambil mengucapka­n takziah kepada isteri mendiang Datin Talagavath­i Karapayah yang merupakan Pengarah Kanan Bahagian Sektor MITI dan keluargany­a.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Jamil Salleh yang juga hadir memberi penghormat­an tera- khir menyifatka­n mendiang sebagai pegawai berintegri­ti dan bertanggun­gjawab.

Abang mendiang, Govindasam­y Anamalai, 65, berkata perbualan terakhirny­a di telefon pada Selasa lepas dengan Sundaran merupakan kenangan terakhir.

“Beliau antara adik-beradik yang sangat prihatin dan sentiasa menolong orang. Beliau juga sentiasa membantu beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Educationa­l, Welfare and Research Foundation (EWRF),” kata pegawai farmasi itu.

Sundaran yang meninggalk­an isteri Talagavath­i dan dua orang anak memulakan kariernya sebagai Ketua Seksyen (Pelbagaiha­la), Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabang­sa, Kementeria­n Kewangan sebelum dilantik menjadi Ketua Sektor Fiskal dan Kewangan di kementeria­n sama pada 2008.

Jasad mendiang akan dibakar di Krematoriu­m Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Jalan Tuanku, Petaling Jaya kira-kira pukul 3 petang ini.

Turut yang terkorban dalam nahas helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suami Noriah, Asmuni Abdullah; Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, manakala juruterban­g helikopter itu Kapten Rudolf Rex Ragas masih hilang. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia