Utusan Borneo (Sabah)

Addlyinna Unduk Ngadau DUN Karanaan 2016

-

ADDLYINNA Paladi, 23, dari Kg Mininsalu dimahkotak­an sebagai Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Dewan Undangan Negeri Karanaan di Balai Raya Kg Mininsalu, Ranau Sabtu lalu.

Naib johan disandang oleh Aidilia Wahidi, 19, dan Aidiliyana Wahidi, 16, di tempat ketiga. Empat peserta lain ialah Marcella Mahadin, 21, Roezilina Paladi, 17, Norliza Bukarak, 21, dan Cleary Estie Mahadin, 18, kesemuanya kelahiran Kg Mininsalu.

Dengan gelaran itu, Addlyinna menerima hadiah berupa tiara, wang tunai, jambangan bunga, selempang, trofi berserta sijil penyertaan.

Pemahkotaa­nnya disempurna­kan Datin Jaini Majid, isteri kepada Timbalan Ketua Umno Ranau Datuk Haji Jaimin Samitah, dengan disaksikan ratusan penduduk termasuk Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun selaku perasmi pesta, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin (Pengerusi Pengelola Pesta Kaamatan Daerah Ranau), Pemimpin Pembanguna­n Masyarakt (PPM) Karanaan Jahidin Lumat, serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan jambangan bunga.

Pelbagai acara lain turut diadakan sempena Pesta Kaamatan DUN Karanaan itu termasukla­h Pertanding­an Pondok Tradisi, Sugandoi Kaamatan, persembaha­n tarian, pertanding­an padi serta beras bukit dan Sawah, Pertanding­an Masakan Tradisi Halal, sukan rakyat dan penyampaia­n Anugerah Tokoh Bobolian yang disandang oleh Pangkau Bunsayau, 88.

Pesta itu dikelolaka­n bersama oleh Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat kawasan N30 Karanaan dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Ranau, yang diadakan selama dua hari (6-7 Mei).

 ??  ?? PARA pemenang dan peserta Pertanding­an Unduk Ngadau DUN Karanaan merakam gambar kenangan bersama Masidi.
PARA pemenang dan peserta Pertanding­an Unduk Ngadau DUN Karanaan merakam gambar kenangan bersama Masidi.
 ??  ?? MASIDI menumbuk padi sebagai gimik lawatan ke pondok-pondok tradisi yang bertanding. JUARA Sugandoi DUN Karanaan, Idzzan Dzjulailah mempersemp­ahkan lagu untuk menghiburk­an orang ramai.
MASIDI menumbuk padi sebagai gimik lawatan ke pondok-pondok tradisi yang bertanding. JUARA Sugandoi DUN Karanaan, Idzzan Dzjulailah mempersemp­ahkan lagu untuk menghiburk­an orang ramai.
 ??  ?? JAINI (kiri) memahkotak­an Addlyinna sebagai Ratu Unduk Ngadau DUN karanaan.
JAINI (kiri) memahkotak­an Addlyinna sebagai Ratu Unduk Ngadau DUN karanaan.
 ??  ?? MASIDI dan Jaimin (kanan) menuai padi sebagai gimik perasmian pesta diperhatik­an Pengerusi Penganjur Kuiky Gimbor (tiga kanan).
MASIDI dan Jaimin (kanan) menuai padi sebagai gimik perasmian pesta diperhatik­an Pengerusi Penganjur Kuiky Gimbor (tiga kanan).
 ??  ?? ADDLYINNA semasa beraksi di depan juri dan orang ramai.
ADDLYINNA semasa beraksi di depan juri dan orang ramai.
 ??  ?? JURI Pertanding­an Unduk Ngadau DUN Karanaan. Dari kiri: Agnes Tan (ketua) dibantu oleh Zaleha Sian dan Suzy James.
JURI Pertanding­an Unduk Ngadau DUN Karanaan. Dari kiri: Agnes Tan (ketua) dibantu oleh Zaleha Sian dan Suzy James.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia