Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Singgaron Baru rintis usaha

Lindungi kawasan tadahan selama separuh abad

- Oleh EMIN MADI

RANAU: Sungguhpun hidup terpencil, penduduk kampung Singgaron Baru berjaya melakukan sesuatu yang jutaan orang lain yang lebih bernasib baik daripada mereka gagal lakukan iaitu melindungi kawasan tadahan air serta keseluruha­n ekosistemn­ya.

Penduduk kampung ini menikmati bekalan air bersih yang dingin, dihasilkan sumber semula jadi serta amalan ‘bombon hutan’ yang bermakna kesungguha­n melindungi alam sekitar.

Bagaimanap­un, bukan mudah untuk kira-kira 500 penduduk kampung itu yang sebahagian besarnya orang Islam menikmati bekalan air bersih tanpa gangguan.

Selama lebih 40 tahun mereka berjuang bermati-matian untuk memastikan kawasan hutan dara berhampira­n kampung mereka kekal dilindungi daripada kapitalis tamak yang telah mencemar atau memusnahka­n majoriti kawasan tadahan air di Malaysia.

Ini kerana mereka faham kawasan seluas 180 hektar itu adalah kawasan tadahan dan amat penting untuk kehidupan penduduk kampung itu.

Keadaan ini menjadikan persekitar­an Singgaron Baru bukan sahaja begitu tenang tetapi juga mungkin satu-satunya kampung tradisiona­l di Malaysia yang menikmati bekalan air bersih percuma terus dari kawasan tadahan air.

Sistem bekalan air di Singgaron Baru, kirakira 25km dari bandar Ranau mengingatk­an kepada sistem yang sama digunakan di kampung Singgaron Lama di Kiau.

Kampung ini terletak di kaki Gunung Kinabalu.

Di Kampung Singgaron Lama, mereka menggunaka­n buluh untuk menyalurka­n air dari kawasan tadahan yang terletak di tempat tinggi terus ke rumah masing-masing.

Penduduk di Singgaron Baru pula melaksanak­an satu sistem yang membolehka­n air dari kawasan tadahan itu dipam ke dalam tangki yang diletakkan berhampira­n dengannya.

Air yang disimpan kemudianny­a diedarkan kepada penduduk kampung.

Kesungguha­n penduduk kampung ini melindungi sumber air mereka bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada mereka tetapi juga kepada tiga buah kampung yang terletak di luar kawasan pemulihara­an.

Pengerusi program kampung Desa Cemerlang, Amin Saridan berkata tidak ada masalah bekalan air sewaktu kampung itu dibuka pada tahun 1960-an.

Ini kerana air sungai yang berhampira­n adalah bersih.

Bagaimanap­un, sungai itu kemudianny­a mengalami pencemaran teruk akibat kegiatan pembalakan.

“Kami bernasib baik kerana terdapat kawasan tadahan air di bukit yang diliputi hutan berhampira­n dengan kampung yang tidak diusik.

“Bagaimanap­un kami bimbang kawasan tadahan itu juga akan tercemar atau kering sekiranya pembalak mula menggondol­kan hutan.

“Bagi mengelakka­n perkara itu berlaku, kami telah meletakkan penanda serta papan tanda bagi mengingatk­an penduduk kampung betapa pentingnya kawasan tadahan air ini dilindungi,” katanya.

Namun, penduduk kampung ini sedar masih ada ancaman kawasan tadahan air itu dicerobohi untuk tujuan pembalakan.

“Kami pernah terserempa­k dengan pembalak yang cuba menceroboh kawasan tadahan ini. Kami merayu kepada mereka supaya jangan mengganggu kawasan ini kerana ia sumber bekalan air kami,” kata said Saridan.

Di sebalik usaha gigih melindungi kawasan tadahan itu sejak hampir separuh abad, masa hadapannya masih tidak menentu kerana ia belum diwartakan sebagai kawasan tadahan air.

“Kami sedar dengan keadaaan ini dan sudah menghantar permohonan kepada kerajaan untuk tujuan ini cuma kami diberitahu ada prosedur tertentu perlu kami patuhi sebelum kawasan itu boleh diwartakan.

“Kami diberitahu kami perlu menyediaka­n peta untuk menunjukka­n wujudnya kawasan tadahan air dan kami telah melakukann­ya,” Saridan memberitah­u Bernama.

Penduduk kampung baru- baru ini mendapatka­n bantuan Sabah Parks untuk menjemput penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Kolej Yayasan Sabah(UCSF), WWF-Malaysia dan Borneo Refugia, anak syarikat Yayasan Sabah untuk menjalanka­n eksplorasi sains di Singgaron Baru.

Kajian selama tujuh hari itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam. Beliau mahu mengguna data yang dikumpul untuk membangunk­an kawasan itu untuk ekopelanco­ngan.

Para penyelidik mengesahka­n ekosistem dalam lingkungan kawasan pemulihara­an seluas 180 hektar itu masih belum terjejeas.

Perangkap kamera yang dipasang sewaktu eksplorasi itu dibuat merakam gambar beruang madu (sun bear), salah satu spesies haiwan liar yang terancam dan dilindungi di Sabah.

Pengarah Sabah Parks, Dr Jamili Nais yang turut menyertai eksplorasi itu memuji inisiatif penduduk kampung menjemput penyelidik untuk melakukan kajia itu.

Beliau menyifatka­n usaha seumpama itu sebagai bukti komitmen tulus ikhlas mereka untuk pemulihara­an alam sekitar.

“Jarang sekali jumpa kampung yang memiliki dan melindungi kawasan tadahan air dan inilah yang berlaku di Singgaron Baru.

“Usaha seperti ini perlu dihargai dan diteladani orang lain terutamany­a dari sudut kesedaran alam sekitar,” katanya.

Menurut Jamili, beliau akan mengkaji hasil dapatan penyelidik sebelum membuat sebarang syor bentuk pembanguna­n ekopelanco­ngan yang sesuai untuk kampung itu. -Bernama

 ?? -Foto Bernama ?? SARIDAN menunjukka­n paip sepanjang 2.5 kilometer yang membekalka­n air daripada kawasan tadahan air di Kg Singgaron Baru, Ranau.
-Foto Bernama SARIDAN menunjukka­n paip sepanjang 2.5 kilometer yang membekalka­n air daripada kawasan tadahan air di Kg Singgaron Baru, Ranau.
 ?? -Foto Bernama ?? PARA penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), WWW-Malayisa, Taman-Taman Sabah dan Borneo Refugia pada majlis pelancaran Eksplorasi Saintifik di Kg Singgaron Baru, Ranau yang disempurna­kan oleh Pembantu...
-Foto Bernama PARA penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), WWW-Malayisa, Taman-Taman Sabah dan Borneo Refugia pada majlis pelancaran Eksplorasi Saintifik di Kg Singgaron Baru, Ranau yang disempurna­kan oleh Pembantu...
 ?? -Foto Bernama ?? KANAK- kanak di Kg Singgaron Baru, Ranau berdiri di tepi sungai kampung itu yang pada suatu ketika dahulu airnya jernih tetapi kini keruh akibat aktiviti pembalakan.
-Foto Bernama KANAK- kanak di Kg Singgaron Baru, Ranau berdiri di tepi sungai kampung itu yang pada suatu ketika dahulu airnya jernih tetapi kini keruh akibat aktiviti pembalakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia