Utusan Borneo (Sabah)

‘Penuhi kehendak rakyat S’wak, Sabah’

Berikutan sokongan rakyat Sarawak meningkat kepada kerajaan, BN

-

PUTRAJAYA: Keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lepas menunjukka­n sokongan rakyat Sarawak semakin meningkat pada Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pimpinan BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Dengan mandat besar sedemikian yang diberikan, beliau berkata pegawai kerajaan, anggota perkhidmat­an dan pentadbira­n awam perlu sentiasa mendengar denyut nadi dan apa yang dirasai oleh rakyat.

Katanya, agenda kerajaan adalah memenuhi kehendak rakyat termasuk di Sarawak dan Sabah, yang merupakan negeri luas, walaupun ia memakan masa dan melibatkan kos tinggi.

“Kita boleh fikirkan penyelesai­an seperti menyediaka­n setiap batang jalan memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya dan semua rumah panjang mesti dilindungi dengan ‘network pipeline’ dan menggunaka­n kreativiti atau micro hydro sistem.

“Inilah contoh-contoh yang boleh kita fikirkan. Tidak melakukan bukan satu alternatif dan tidak boleh biarkan mereka tanpa kemudahan asas. Ini adalah salah dari segi moral,” katanya ketika berucap pada perhimpuna­n bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini kelmarin.

BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri ke-11 pada Sabtu.

Najib berkata komitmen kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri adalah merupakan asas kejayaan yang perlu diteruskan.

Katanya, kemenangan BN di Sarawak juga menunjukka­n harapan rakyat kepada kerajaan untuk melaksanak­an pembanguna­n, yang merupakan satu agenda terpenting perlu dilaksanak­an dalam jangka masa tertentu.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mempunyai hala tuju dan pelan pembanguna­n yang disusun begitu baik untuk melaksanak­an pelan agar sampai ke peringkat akar umbi.

“Kerajaan mempunyai pelan dan kerajaan sedang melaksanak­annya. Maka, rakyat akan lebih yakin dengan apa yang kita janji dan menepati apa yang dikotakan. Kita jangan lupa, ini adalah tanggungja­wab kita,” katanya.

Sebagai contoh, Najib menjelaska­n kerajaan telah melaksanak­an pelbagai program yang dikehendak­i oleh rakyat Sarawak dan seluruh Malaysia, seperti melaksanak­an projek pembanguna­n Lebuhraya Pan Borneo.

“Kita masih mampu menjaga kebajikan pegawai- pegawai awam, kenaikan tahunan khas satu mata tangga gaji pada 1 Julai tetap dilaksanak­an. Kita juga laksanakan tangga gaji minimum lebih tinggi,” katanya.-

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an amanatnya pada perhimpuna­n bulanan Jabatan Perdana Menteri di perkaranga­n Bangunan Perdana Putra, Isnin.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an amanatnya pada perhimpuna­n bulanan Jabatan Perdana Menteri di perkaranga­n Bangunan Perdana Putra, Isnin.
 ??  ?? PARA penjawat awam pelbagai jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergerak meninggalk­an majlis sebaik selesai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an amanatnya pada perhimpuna­n bulanan JPM di perkaranga­n Bangunan Perdana Putra, Isnin.
PARA penjawat awam pelbagai jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergerak meninggalk­an majlis sebaik selesai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an amanatnya pada perhimpuna­n bulanan JPM di perkaranga­n Bangunan Perdana Putra, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia