Utusan Borneo (Sabah)

Dua PTI tumpang kenderaan agensi pelanconga­n dikesan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ops Bersepadu Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (OBKPK) mengesan dua pendatang tanpa izin ( PTI) yang menumpang kenderaan agensi pelanconga­n, di sini kelmarin.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata kedua-dua PTI lelaki terbabit berjaya dikesan hasil sekatan jalan raya di simpang masuk Lapangan Terbang Tawau.

“Kedua-dua PTI berumur 28 dan 45 tahun serta warga Indonesia dan Filipina,” katanya sambil mengesahka­n kedua-dua PTI tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Noraini berkata pihaknya menahan kedua- dua PTI terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63 atas kegagalan menunjukka­n dokumen sah.

Menurutnya, OBKPK itu adalah yang kali pertama diadakan di daerah ini serta melibatkan gabungan kerjasama di antara pihak kementeria­n terlibat, Imigresen dan polis.

“Operasi ini dijalankan selama kira- kira tiga jam iaitu dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari melibatkan penyertaan 18 pegawai dan anggota penguatkua­sa,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruha­nnya seramai 70 individu diperiksa di dalam operasi terbabit yang memberikan fokus kepada laluan utama keluar masuk ‘udara’ di daerah ini.

 ??  ?? PEMERIKSAA­N dijalankan terhadap kenderaan agensi pelanconga­n.
PEMERIKSAA­N dijalankan terhadap kenderaan agensi pelanconga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia