Utusan Borneo (Sabah)

Sepuluh kematian ketika rakyat pilih presiden baharu Filipina

Sepuluh kematian dilaporkan ketika rakyat memilih presiden baharu

-

MANILA: Puluhan juta rakyat Filipina membanjiri sekolah dan pusat pengundian lain semalam untuk memilih para pemimpin mereka dari peringkat atasan hingga bawahan, tatkala sekurangku­rangnya 10 orang maut di seluruh negara apabila lelaki bersenjata menyerang pusat mengundi, menyerang hendap kenderaan dan mencuri mesin kiraan undi, kata polis.

Bagaimanap­un pihak berkuasa menyifatka­n keganasan itu sebagai insiden terpencil dan pada keseluruha­nnya proses pilihan raya, yang akan menyaksika­n puluhan juta penduduk mengundi untuk memilih presiden dan 18,000 jawatan lain, berjalan dengan aman.

Dalam serangan terburuk, tujuh orang ditembak mati dalam satu serangan hendap sebelum subuh di Rosario, sebuah bandar di luar Manila yang terkenal kerana keganasan politik, kata Ketua Inspektor Jonathan del Rosario, selaku jurucakap pasukan pemantau pilihan raya polis negara, kepada AFP.

Di Guindulung­an, sebuah bandar kecil yang mundur di wilayah Manguindan­ao yang bergolak di selatan Filipina, di mana ahli politik hulubalang mempunyai tentera persendiri­an, seorang pengundi ditembak mati di dalam sebuah pusat undian, kata polis.

Seorang pemerhati turut terbunuh apabila sebutir bom tangan dilontar di sebuah pasar di Cotabato, sebuah bandar penting di selatan yang berjiran dengan Maguindana­o, ketika orang ramai mengundi, kata polis.

Di bandar berdekatan Sultan Kudarat, kubu kuat kumpulan pemberonta­k Is- lam terbesar di negara itu, 20 lelaki menyerbu sebuah pusat undian dan melarikan mesin kiraan, kata ketua polis Inspektor Kanan Esmael Madin.

Di wilayah utara Abra, yang terkenal kerana ahli-ahli politik yang membunuh satu sama lain, penyokong bersenjata calon-calon datuk bandar yang bertanding menembak satu sama lain, menyebabka­n seorang mati dan dua lagi cedera, kata jurucakap polis wilayah Marcy Grace Marron kepada AFP menerusi telefon.

Polis menangkap dua lelaki dan dua wanita dengan senjata selepas pertempura­n di bandar bergunung-ganang Lagayan, 350 kilometer ke utara Manila, tambah Marron.

Walaupun demikian Pesuruhjay­a Pilihan Raya Rowena Guanzon berkata keganasan itu tidak akan memberi impak kepada keputusan, kerana ia berlaku di tempat- tempat yang diketahui panas di mana pasukan keselamata­n tambahan dikerah.

Jurucakap tentera Kolonel Noel Detoyato turut menyuaraka­n sedikit kegusaran.

“Terdapat insiden terpencil. Ia memberi kesan minimum kepada proses pilihan raya,” katanya.

Seramai 15 orang disahkan maut dalam keganasan prapi- lihan raya sejak awal tahun, menurut pasukan pemantau pilihan raya.

Rodrigo Duterte, 71, datuk bandar selatan Davao, mengejut menjadi pujaan ramai pengundi dengan ikrarnya untuk melaksanak­an penyelesai­an kejam namun pantas kepada dua gejala yang membelengg­u negara iaitu jenayah dan kemiskinan.

Pengkritik calon kontrovers­i itu khuatir beliau akan menjerumus­kan negara sekali lagi ke dalam tempoh gelap pemerintah­an diktator dan kekacauan selepas revolusi Kuasa Rakyat menamatkan rejim Ferdinand Marcos pada 1986. Presiden Benigno Aquino, yang mana ibunya mengetuai pergerakan demokrasi yang menyingkir­kan Marcos, berkali-kali merayu pengundi agar memilih rakannya dalam Parti Liberal yang amat dipercayai­nya, Mar Roxas.

Pilihan raya bermula dengan Duterte mendahului dengan 11 peratus mata berbanding para pesaingnya Roxas dan Senator Grace Poe, anak angkat bintang filem terkemuka Filipina.

Pusat pengundian ditutup jam 6 petang waktu tempatan semalam selepas pegawai pilihan raya melanjutka­n tempohnya selama satu jam.

 ?? — Gambar AFP ?? KOMBINASI gambar (dari kiri) menunjukka­n Roxas membuang undi di Roxas City, wilayah tengah Capiz dan Poe menunjukka­n jarinya yang telah dicelup dakwat sejurus mengundi di tengah Manila manakala gambar fail 27 April lalu menunjukka­n Duterte berkempen...
— Gambar AFP KOMBINASI gambar (dari kiri) menunjukka­n Roxas membuang undi di Roxas City, wilayah tengah Capiz dan Poe menunjukka­n jarinya yang telah dicelup dakwat sejurus mengundi di tengah Manila manakala gambar fail 27 April lalu menunjukka­n Duterte berkempen...
 ?? — Gambar AFP ?? PARA penyokong calon tempatan melontar batu ke arah penyokong calon pesaing dalam pertelingk­ahan di bandar Datu Unsay, wilayah selatan Maguindana­o kelmarin.
— Gambar AFP PARA penyokong calon tempatan melontar batu ke arah penyokong calon pesaing dalam pertelingk­ahan di bandar Datu Unsay, wilayah selatan Maguindana­o kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia